Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cang.kul] | منچڠکول

Definisi : 1. memecahkan (menggemburkan dll) tanah dgn cangkul, memacul; 2. ki mem­bolot (mengambil) sesuatu (wang, harta, dll): agen-agen gelaplah yg ~ wang; ~ angin mengomong-omong kosong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cang.kul] | منچڠکول

Definisi : menggemburkan atau memecahkan tanah dgn cangkul. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencangkul


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hoeingmencangkulPertanianTiadaTiada
Circular weedingMerumput bulatanPertanianAgronomi

Membuang rumput-rampai yang terdapat di sekeliling pangkal pokok tanaman secara bulatan. Tujuannya untuk memastikan tiada persaingan akar-akar pokok itu dalam pengambilan nutrien dan air dengan rumput-rampai dan memudahkan aktiviti pembajaan. Merumput bulatan boleh dilakukan secara mencangkul atau menyembur herbisid. Radius bulatan biasanya setakat garisan luar kanopi pokok sahaja.

evidence of wear (use)bukti usang penggunaan (kesan)ArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah untuk melihat kesan penggunaan pada sesuatu artifak pada bahagian yang menjadi asas kepenggunaannya. Contohnya, penemuan kapak berleher atau bertakik ditemui di Gua Kepah (Kedah) yang patah di bahagian matanya, digunakan untuk tujuan berat seperti mencangkul manakala artifak seperti gelang batu dan tembikar tanah dikenal pasti bukti penggunaannya sebagai barang hiasan, tetapi jika artifak itu ditanam bersama si mati, menunjukkan sebagai lambang status. Buku ini terdapat pada tinggalan arkeologi di Gua Cha (Kelantan).

Kembali ke atas