Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kena (sedikit) pd, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dll): usap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak ~ garis rambut; ~ bumi menjejak (memijak) bumi; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah prb banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : mengenai sedikit; menyentuh sedikit; mencolek (sambal, kicap dll): ~ bumi menjejak bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencecah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
taggingpengetagan; penirusan; penandaan; mencecah (P.JAS)VeterinarTiadaTiada
taggingpengetagan; penirusan; penandaan; mencecah (P.JAS)KesenianTiadaTiada
taggingpengetagan; penirusan; penandaan; mencecah (P.JAS)PendidikanTiadaTiada
taggingpengetagan; penirusan; penandaan; mencecah (P.JAS)PerhutananTiadaTiada
longshore currentarus susur pesisirSains MarinTiadaArus yang wujud akibat tindakan ombak yang mengalir selari dengan garis pesisir pada zon pemecah dan mencapai halaju maksimum, apabila ombak menghampiri pinggir laut pada sudut serong 30 darjah. Kelajuan gelombang mencecah garis pantai adalah bergantung kepada lantai laut dan ciri-ciri geomorfologi garis pantai dan juga kedalaman air. Apabila gelombang ombak menghala ke arah pantai, beberapa siri gelombang akan mencecah pantai sebelum yang lain, maka beberapa siri gelombang sebelum itu akan dilemahkan.
reactor protection system (RPS)sistem perlindungan reaktorSains NuklearKejuruteraan ReaktorRangkaian peralatan dan peranti dalam sistem instrumentasi dan kawalan reaktor yang memberhentikan kendalian reaktor nuklear secara automatik apabila parameter keselamatan mencecah had nilai tetapan.
masnawimasnawiKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional daripada puisi Parsi yang mempunyai dua misrak dalam satu bait. Kedua-dua misrak ini mestilah sama rimanya. Skema rimanya ialah aa, bb, cc, dan seumpamanya. Tiada sekatan dalam jumlah baitnya, malah ada yang mencecah 9000 hingga 80 000 bait. Tema yang diketengahkan dalam masnawi boleh berunsur sejarah, patriotik, cinta, agama, dan didaktik. Sesetengahnya menceritakan kisah pari-pari atau tema yang diilhamkan daripada falsafah tasawuf. Tokoh utama dalam genre ini ialah Jalal al-Din Rumi yang terkenal dengan karyanya Mathanavi-yi Ma�navi (Masnawi Kerohanian) dan Divan-i Kabir (Antologi Puisi Agung). Dalam sastera Melayu, masnawi dicipta dalam dua bait yang sama rima di hujungnya dan mengandungi suku kata yang berjumlah dari 10 hingga 14. Penulisan masnawi bertujuan memuji orang kenamaan atau sesuatu perbuatan yang baik. Contohnya, masnawi yang ditulis oleh Sasterawan Negara (SN) Arena Wati berjudul �Umar� (Asas Pengetahuan Puisi): Umar Umar yang adil dengan perinya Nyatalah pun adil sama sendirinya. Dengan adil itu anaknya dibunuh, Inilah adalat� yang benar dan sungguh. Dewan beza antara isi alam, Ialah yang besar pada siang dan malam. Lagipun yang menjauhkan segala syar, Imamul Haq di dalam Padang Mahsyar. Barang yang Haq Taala katakan itu, Maka katanya sebenarnya begitu.
pentastichpancabarisKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi lima baris serangkap tetapi tidak semua rangkap lima baris. Contohnya, puisi "Pantai Seribu Tafsiran" karya Zurinah Hassan. Puisi ini yang terdiri daripada lima rangkap, hanya rangkap pertama sahaja mengandungi lima baris seperti di bawah. Seorang di pantai antara keluh sayu bawah pohon ru diusap rindu ciuman pada daerah betapa tiada teman dalam mencecah dan dijengah ragam wajah. Di bawah pancar mentari pun terasa panas bahang niat yang meniti tidak ketemu garis puas Mutiara timur antara tanah taburan hati sama hanyut di arus harapan berkocak bagai laut berombak di mana sayup begitu pun gelodak hidup tidak ketahui warna esok pintu dijelajah antara keganasan kerana mata udah di bintang hati udah di bulan. Aku mahu berdagang bagai kapal-kapal labuhan di air berkaca yang tidak bisa kerontang begitu niat membalut dada penuh impian. Dari mata turun ke hati bicara semalam ke lusa perhitung rindu di puncak dahaga tidak mahu patah di jalan basah banjir doa antara usaha pun digigit keganasan buta bagai bahtera taburan depan mata sesekali mengharung taufan gila.

Kembali ke atas