Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ma.ri] | منچمري

Definisi : 1. mengotori: sampah-sarap yg ~ tempat ini; 2. menodai, mencabuli (nama dll): gadis itu ~ kesucian dirinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ma.ri] | منچمري

Definisi : menjadikan cemar; mengotori: Tingkah laku yg tidak sopan telah ~ nama baiknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencemari


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
defilemencemariGeografiTiadaTiada
defilemencemariGeografiTiadaTiada
defilemencemariUndang-undangTiadaTiada
radioactive contaminantbahan kontaminasi radioaktifKejuruteraanTiadaBahan radioaktif yang mencemari sesuatu bahan atau kawasan.
farmer�s lung diseasepenyakit peparu petaniBiologiMikologiPenyakit peparu yang disebabkan oleh spora Aspertillus spp., Micropolyspora faeni, dan Thermoactinomyces vulgaris yang mencemari jerami atau rumput kering.
food poisoningkeracunan makananPerubatanTiadaSerangan gastroenteritis oleh bakteria dan toksinnya secara akut selepas seseorang memakan makanan tercemar. Antara kuman yang sering mencemari makanan ialah Clostridium botulinum dan Staphylococcus aureus.
residual effectkesan sisaPertanianAgronomi

Kesan jangka panjang daripada bahan kimia yang digunakan untuk tanaman seperti racun rumpai dan racun serangga. Kesan sisa akan mencemari produk tanaman seperti sayur-sayuran dan menyebabkan produk itu tidak dapat dipasarkan. Kesan ini juga mempengaruhi keadaan tanah yang akan meningkatkan kandungan toksik seperti logam berat. 

aerosolaerosolBiologiEkologiAmpaian cecair atau butiran pepejal yang terdapat di udara. Pada amnya kehadiran aerosol di udara disebabkan oleh penggunaan racun perosak semburan yang berleluasa; keadaan ini mencemari udara serta boleh mengakibatkan penyakit pernafasan, dan barah.
bacteriabakteriaMakanan dan PemakananTeknologi MakananOrganisma bersel tunggal yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Kebanyakan spesies bakteria Lactobacillus bulgaricus yang membantu proses penapaian susu untuk menghasilkan yogurt dan susu mentega. Terdapat juga bakteria yang mencemari makanan seperti Salmonellatyphii dan bakteria yang menyebabkan penyakit serius seperti Mycobacterium tuberkulosis.
pathogenic bacteriabakteria patogenMakanan dan PemakananMakananBakteria yang menyebabkan penyakit apabila makanan yang dicemari oleh bakteria ini dimakan oleh manusia. Contohnya, daging yang tidak dimasak dengan sempurna menyebabkan bakteria patogen seperti Salmonela masih hidup dan mencemari daging tersebut. Oleh itu, sesiapa yang memakan daging tersebut akan mengalami beberapa simptom penyakit bawaan makanan seperti muntah, cirit-birit dan pening. Selain itu, bakteria seperti Shigella dan Campylobacter juga menyebabkan individu mengalami simptom yang sama.
12

Kembali ke atas