Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.mar.kan] | منچمرکن

Definisi : 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.mar.kan] | منچمرکن

Definisi : 1 menyebab­kan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2 ki memburukkan (ttg nama); mengeji­kan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencemarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pollutantpencemarFarmasiTiada1. Sesuatu yang mencemarkan.,2. Sebarang bahan kimia yang beracun dan bahan-bahan buangan yang merosak ketulenan air, bumi/tanah atau atmosfera.
vapour-recovery systemsistem pemulihan wapKejuruteraan AutomotifEnjinPemulihan wap bahan api cecair seperti gasolin yang terlepas dari tangki bahan api dan mangkuk pelampung dalam karburetor dengan menggunakan sistem kawalan penyejatan. Sistem ini akan menghalakan wap tersebut ke kanister arang untuk mengelakkan gas terbebas ke atmosfera dan mencemarkan alam sekitar. Wap yang dipulihkan akan menjadi cecair dan dihantar ke enjin untuk dibakar.
leaded gasolinegasolin berplumbumKejuruteraan AutomotifEnjinGasolin yang dicampur 3-4cc dengan agen antiketuk, iaitu plumbum tetraetil Pb(C2H5)4. Walaupun penambahan ini mengurangkan pengkadaran oktana bagi bahan api, tetapi gasolin ini dapat mengelakkan berlakunya letupan dan seterusnya menambah prestasi enjin. Penggunaan bahan api ini menyingkirkan plumbum ke sekitaran melalui gas ekzos lalu mencemarkan alam sekitar. Sinonim petrol berplumbum Banding gasolin tanpa plumbum.

Kembali ke atas