Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cer.min.kan] | منچرمينکن

Definisi : membayangkan sesuatu yg lahir atau batin (spt sesuatu keadaan, per­golakan, perasaan, sikap, dll), menggam­barkan: akhbar tersebut ~ dasar luar Filipina; muzik dapat ~ perasaan sedih, gembira, dll; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cer.min.kan] | منچرمينکن

Definisi : membayangkan se­suatu keadaan; menggambarkan: Jumlah kaum yg diambil bekerja itu hendaklah ~ imbangan peratus drpd jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencerminkan

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Marxist criticismkritikan MarxisKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menganggap sastera sebagai suatu idiologi yang mencerminkan pergelutan kelas sosioekonomi masyarakat. Kaedah kritikan ini berteraskan teori Marxis yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels. Mengikut teori Marxis, sejarah manusia termasuklah institusi, cara pemikiran dan hubungan manusia dipengaruhi sepenuhnya oleh sistem ekonomi yang diamalkan termasuk kaedah pengeluaran. Kaedah pengeluaran mempengaruhi hubungan kuasa dan menimbulkan konflik antara kelas dalam masyarakat. Kritikan Marxis membincangkan pertalian antara karya dengan elemen yang mempengaruhi penulisannya seperti kelas, idiologi dan ekonomi. Kritikan Marxis mementingkan paparan kehidupan yang realisitik terutamanaya mengenai isu keterasingan manusia dan konflik antara kelas dalam sistem kapitalis. Kritikan ini juga mempertikaikan tulisan yang memperakukan nilai borjuis, iaitu nilai material dalam sistem kapitalis. Pendekatan Marxis memanfaatkan kaedah realisme sosial yang berfungsi untuk menjelaskan gambaran realiti yang sebenar menurut fahaman Marxis. Antara pengkritik teori ini ialah Georg Lukacs, Pierre Macherey, Terry Eagleton dan Fredric Jameson. Lihat juga kritikan sastera, realisme sosial.
participating insuranceinsurans sertaaninsuransTiada1. Insurans yang memberikan pemilik polisi hak untuk menyertai dalam pengagihan keuntungan insurer melalui dividen yang mencerminkan perbezaan di antara premium yang dikenakan dengan pengalaman sebenar. 2. lih. fasal sumbangan.
social criticismkritikan sosialKesusasteraanTiadaKaedah kritikan terhadap gejala yang merosakkan masyarakat dalam teks sastera. Kritikan sosial berdasarkan fahaman bahaw sesebuah karya itu mencerminkan kebobrokan masyarakat seperti yang difahami dan ditafsirkan oleh pengarangnya. Dalam sastera Inggeris, novel George Orwell bertajuk Animal Farm merupakan sebuah teks yang mengkritik sistem komunisme yang merosakkan masyarakat. Dalam sastera Melayu pula, novel Patriach oleh Shahnon Ahmad mengkritik kuasa pemimpin yang menyeleweng.
motivemotifKriminologiKeadilan JenayahSebab, alasan atau faktor yang mendorong seseorang untuk melakukan jenayah. Motif boleh dalam bentuk positif atau negatif. Motif yang positif tidak mencerminkan niat yang positif. Contohnya, perbuatan memandu melebihi had laju untuk tujuan menyelamatkan nyawa seseorang, masih dianggap sebagai satu kesalahan dengan niat walaupun dilakukan dengan motif yang baik.
primacy of politicskeperdanaan politikSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik atau unsur politik sebagai faktor utama dalam mempengaruhi kehidupan manusia keseluruhannya. Keperdanaan politik memperlihatkan pembangunan ekonomi, keharmonian sosial, kejayaan diplomasi, pentadbiran, kecemerlangan pendidikan dan sebagainya yang bergantung kepada unsur politik dalam sesebuah masyarakat. Keperdanaan politik mencerminkan pertukaran politik lama yang tradisional kepada politik yang lebih demokratik, telus dan stabil bagi melahirkan pentadbiran yang baik. Ini akan menyumbang kepada proses pembangunan yang lancar. Contohnya, Adrian Leftwich (2002) dalam tulisannya States of Development: On the Primacy of Politics in Development telah menyatakan bahawa dengan meminggirkan unsur politik, pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak akan berlaku.
clichekliseKesusasteraanTiadaUngkapan yang terlalu kerap dipakai sehingga menjadi lapuk dan mebosankan. Contohnya, cinti itu buta, berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir, dan kaum yang lemah. Penggunaan frasa dalam bahasa asing bertujuan untuk menunjuk-nunjuk seperti terra firma, modus operandi, prima facie dan tabula rasa. Walau bagaimanapun, klise kadangkala digunakan untuk memberikan makna baharu. Contohnya, bunga mawar biasanya membawa konotasi kecantikan, keharuman dan kemurnian, tetapi dalam konteks pemaknaan baharu, mawar merujuk kepada kerapuhan, kesementaraan dan bersifat tipu daya. Penggunaan klise boleh mencerminkan prasangka pembacanya. Sesetengah pengarang menggunakan klise untuk mempersendakan pembaca tersebut. Contohnya, penggunaan ungkapan �kaum yang lemah� oleh lelaki mencerminkan prasangkanya terhadap kelemahan wanita. Klise ini digunakan semula melalui parodi, iaitu lelaki itu sendiri sebagai kaum yang lemah.
tropismtropismeKesusasteraanTiadaReaksi dalaman sesuatu watak akibat rangsangan (stimulus) luaran, contohnya dalam monolog dalaman. Tropisme boleh diandaikan sebagai sebarang perlakuan yang tidak diperkatakan tetapi terlintas dalam fikiran watak walaupun sejenak. Teknik ini bermula sebagai avant garde berbentuk separa pertuturan. Pada mulanya, teknik ini digunakan dalam disiplin biologi untuk mencerminkan pengubahsuaian sesuatu organisma secara pertumbuhan, dan bukannya pergerakan setelah diberikan stimulus. Tropisme berasal daripada bahasa Yunani tropos yang bermaksud �berputar�. Lihat juga avant-garde, monolog dalaman.
voicesuaraKesusasteraanTiadaGaya penulisan pengarang yang tersendiri dan terserlah. Gaya penulisan melalui penggunaan diksi, ritma, nada suara, dan lain-lain. Suara juga merujuk kepada sikap dan pemikiran pengarang atau narator. Konsep ini mula diperkenalkan oleh I.A. Richards dalam karyanya berjudul Practical Criticism. Dalam karya ini, penulis menunjukkan cara pertuturan yang mencerminkan tanggapan penutur terhadap status sosial, kebijaksanaan, kepekaan khalayaknya, dan hubungannya dengan mereka.
fablecerita binatangKesusasteraanTiadaCerita pendek tentang binatang yang penuh khayalan. Cerita biasanya disampaikan dalam bentuk prosa atau puisi. Tujuannya untuk memberikan teladan atau pengajaran moral kepada pembacanya. Biasanya, watak dalam cerita ini terdiri daripada binatang di hutan dengan sifat yang menggambarkan kehidupan manusia. Cerita binatang merupakan salah satu hasil sastera yang awal dalam tradisi lisan yang terdapat di seluruh dunia. Walaupun cerita binatang menampilkan watak binatang, tetapi ceritanya mencerminkan daya pemikiran masyarakat yang tinggi kerana mengandungi pelbagai unsur kiasan, kritikan, dan pengajaran moral. Tema dan plot dalam karya ini agak mudah dan ringkas. Biasanya pada akhir cerita, pencerita atau salah satu watak dalam cerita akan menyatakan unsur pengajaran moral yang terdapat dalam cerita tersebut. Ada kalanya unsur pengajaran moral dinyatakan dalam bentuk epigram. Sejarah cerita binatang bermula daripada seorang hamba Yunani bernama Aesop yang hidup pada abad keenam sebelum Masihi. Cerita ini kemudiannya berkembang di India dengan karya terkenal berjudul Panchatantran. Pengaruh Panchatantran tersebar luas ke Asia Barat. Justeru, muncul pula karya berjudul Kalila Wa Dimnah yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dengan judul, Khalilah dan Dimnah. Cerita binatang berkembang di Parsi, antaranya melalui karya Anvar-i Suhaili oleh Hussayn Wa�iz Khasifi. Karya ini mengandungi pelbagai cerita binatang seperti kisah burung, kucing, harimau, tikus, anjing, angsa, kala jengking, serigala, burung hantu, singa, helang dan lain-lain. Cerita binatang juga hidup subur dalam tradisi kesusasteraan kanak-kanak di Barat. Antaranya termasuklah koleksi cerita binatang oleh Thurber berjudul Fables for Our Time (1940), dan Jus So Stories oleh Rudyard Kipling (1902). Contoh cerita binatang dalam karya sastera Melayu yang terkenal ialah cerita Sang Kancil (Hikayat Sang Kancil) dan Pelanduk (Hikayat Pelanduk Jenaka). Kedua-dua hikayat ini merupakan cerita binatang asli Melayu yang telah wujud sejak zaman lisan dan masih terus dinikmati hingga hari ini. Cerita binatang juga dikenali sebagai dongeng binatang. Lihat juga fabel binatang.
Kafkaesquegaya KafkaKesusasteraanTiadaGaya, nada, dan sikap watak yang terdapat dalam penulisan Franz Kafka. Secara umumnya, gaya Kafka melahirkan suasana igauan yang menakutkan, seolah-olah wujud kuasa kejam yang mengawal dunia igauan tersebut. Antara tema yang dipaparkan dalam penulisan Kafka ialah kehilangan identiti, pembangkitan rasa takut dan bersalah, serta penipuan pihak berkuasa yang menghalalkan kejahatan, seolah-olah hal tersebut merupakan suatu perkara yang wajar. Novel Kafka yang jelas mencerminkan ciri-ciri ini ialah The Trial (1925) dan The Castle (1926).
12

Kembali ke atas