Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.ro.boh] | منچروبوه

Definisi : 1. berbuat atau berlaku ceroboh (biadab, tidak senonoh, dsb): engkau berani ~ memegang tangan anakku!; dialah orangnya yg selalu ~ masuk ke bilik gadis atau isteri orang; 2. masuk ke kawasan orang atau ke wilayah sesebuah negeri dsb tanpa kebenar­an (dgn tujuan utk mengganggu, mencabuli, melanggari, dsb): pengganas komunis telah ~ masuk ke kawasan sempadan Malaysia-Thai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.ro.boh] | منچروبوه

Definisi : berbuat ceroboh; berbuat tidak senonoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menceroboh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
home invasiontaklukan kediamanKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan menceroboh kediaman orang lain secara menyalahi undang-undang untuk melakukan atau percubaan untuk melakukan jenayah dengan atau tanpa senjata. Perbuatan ini boleh dilakukan semasa penghuni berada di kediaman atau semasa ketiadaan penghuni.
invasive counselingkaunseling cerobohSains KesihatanTiadaKaunseling yang menceroboh peribadi pesakit.
account hackingpenggodaman akaunKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah siber yang melibatkan tindakan menceroboh dan mengeksploitasi akaun orang atau organisasi lain, bertujuan untuk mendapatkan keuntungan secara tidak sah. Tindakan ini termasuklah perbuatan menghapuskan dan mencuri maklumat akaun serta mencegah pemilik akaun tersebut daripada mengakses akaunnya sendiri.
cancer cellsel kanserHerbaPemiawaianSejenis sel yang tumbuh secara tidak normal dan tidak terkawal yang akan menceroboh dan memusnahkan tisu di persekitarannya. Contoh ekstrak herba yang boleh merencat sel kanser ialah ekstrak daun gajah beranak (Goniothalamus scortechinii).
penetration signaturetandatangan penembusanTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Maklumat mengenai keadaan sistem atau kumpulan syarat yang perlu dicapai dalam sistem komputer dan juga aktiviti yang berlaku dalam sistem yang boleh memberi petunjuk bahawa percubaan menceroboh sedang dijalankan. 2. Maklumat mengenai langkah yang diambil atau kaedah yang digunakan oleh pengguna hasad atau proses automasi sebagai modus operandi semasa menceroboh suatu sistem komputer. Maklumat ini boleh disertakan ke dalam perisian keselamatan seperti sistem pengesanan pencerobohan untuk mengenali tingkah laku yang mungkin boleh membawa kepada pencerobohan.

Kembali ke atas