Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ci.ri.kan] | منچيريکن

Definisi : menjadi ciri (kpd), merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: kepelbagaian yg ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara; kerumitan sentiasa ~ proses perubahan yg dihadapi oleh sebarang sistem; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ci.ri.kan] | منچيريکن

Definisi : 1 merupakan sifat atau sifat-sifat sesuatu: Kepelbagaian ~ masyarakat dan budaya Asia Tenggara. 2 membuat sesuatu mempunyai ciri: Penyakit itu dicirikan oleh rasa gatal-gatal pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencirikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
declarative knowledgepengetahuan penyataanSains SukanBiomekanikPengetahuan mengenai butir-butir yang mencirikan sesuatu maklumat. Contohnya, undang-undang permainan ragbi akan memperincikan cara permainan ini dilakukan.
metabolic networkrangkaian metabolikBioinformatikBioinformatik MolekulSet lengkap proses metabolik dan fizikal yang mencirikan sifat biokimia dan fisiologi sel. Rangkaian metabolik merangkumi tindak balas kimia metabolisme, tapak jalan metabolik serta interaksi pengawalaturan yang mengawal kesemua tindak balas.
polarographic wavegelombang polarografiKimiaKimia AnalisisLengkung arus lawan voltan dalam polarogram yang mencirikan fenomena elektrod secara kualitatif bagi proses penurunan. Kenaikan mendadak daripada arus baki kepada arus pengehad di dalam polarogram disebabkan oleh penurunan sesuatu spesies dalam sel polarografi. Gelombang ini merupakan ciri spesies yang terturun.
human genome projectprojek genom manusiaBioinformatikBioinformatik MolekulKerjasama penyelidikan peringkat antarabangsa yang mensasarkan untuk mencirikan pasangan bes yang membentuk DNA manusia serta untuk mengenal pasti dan memetakan kesemua gen dalam genom manusia daripada kedua-dua aspek fizikal dan kefungsian.
phenotypefenotipPerikananAkuakulturSifat fizikal yang boleh dilihat dan diukur pada ikan atau udang yang mencirikan baka dan kualiti pemilihan induk. Contoh sifat fizikal seperti rupa bentuk, saiz dan warna.
semesemeKesusasteraanTiadaUnit makna yang terkecil dalam sastera. Unit ini biasanya merupakan fitur utama yang mencirikan sesuatu. Seme berasal daripada perkataan Yunani sema yang bermaksud �tanda�.
transmission electron microscope (TEM)mikroskop elektron penghantaran (TEM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanAlat pengimejan yang digunakan untuk mencirikan morfologi (saiz dan bentuk) sampel. Pancaran elektron dihantar ke sampel membentuk imej.
Rf valuenilai RfKimiaKimia AnalisisFaktor penahanan dalam kromatografi lapisan nipis atau kromatografi kertas yang mencirikan komponen yang dipisahkan. Ia diperolehi daripada nisbah jarak yang dilalui oleh komponen itu terhadap jarak yang dilalui oleh fasa gerak.
coordinative structurestruktur selarasanSains SukanBiomekanikStruktur penyesuaian pergerakan yang berfungsi untuk mengurangkan darjah kebebasan pergerakan dengan mengehadkan atau mencirikan interaksi antara dua anggota yang berbeza. Contohnya, kelajuan ayunan tangan mengiringi kelajuan yang sama dengan langkah kaki.
genome annotationanotasi genomBioinformatikBioinformatik MolekulProses mengenal pasti lokasi gen-gen dan semua kawasan pengekodan dalam genom serta mencirikan fungsi gen tersebut. Proses anotasi dilakukan selepas jujukan genom ditentukan.
12

Kembali ke atas