communal | perkauman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang dicirikan oleh unsur-unsur etnik seperti agama, bahasa dan budaya. Dalam pensegmenan ini, unsur perkauman akan membentuk nilai sosial yang dikenaIi sebagai subbudaya. Subbudaya ini akan mencorakkan pelbagai aspek kehidupan sosial seperti kekeluargaan, penempatan, bahasa, organisasi, pendidikan dan kegiatan ekonomi. Subbudaya yang dominan juga akan mempengaruhi hubungan sosial yang terjaIin antara satu etnik dengan etnik yang lain. Dalam masyarakat yang sebegini, institusi sosial yang terbentuk akan melambangkan identiti etnik masing-masing. Hal ini secara tidak langsung menjadikan struktur masyarakat didominasi oleh elemen perkauman serta akan mewujudkan sentimen dalam hubungan sosial, ekonomi dan politik masyarakat tersebut. Situasi ini menjadikan struktur dan hubungan sosial masyarakat amat rapuh dan sensitif serta mudah mencetuskan konflik. Contohnya, kehidupan sosial, ekonomi dan politik India, Fiji dan Sri Lanka jelas berasaskan perkauman. |
cast | acuan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bekas yang digunakan untuk membentuk struktur konkrit yang dikehendaki, dengan menuangkan bahan cecair ke dalamnya. Antara bahan yang digunakan untuk membina acuan ialah papan lapis, aluminium, keluli, dan plastik. Biasanya, acuan digunakan dalam kerja membentuk atau mencorakkan sesuatu objek, seperti membina asas bangunan, rasuk, tiang, dinding, lantai, tangga atau tembok. |
formwork | acuan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bekas yang digunakan untuk membentuk struktur konkrit yang dikehendaki, dengan menuangkan bahan cecair ke dalamnya. Antara bahan yang digunakan untuk membina acuan ialah papan lapis, aluminium, keluli, dan plastik. Biasanya, acuan digunakan dalam kerja membentuk atau mencorakkan sesuatu objek, seperti membina asas bangunan, rasuk, tiang, dinding, lantai, tangga atau tembok. |
microcontact printing | percetakan mikrosentuh | Fizik | Nanoteknologi | Teknik untuk menghasilkan corak nanoskala litografi pada suatu permukaan emas menggunakan elastomer (bahan seperti getah) sebagai pengecap dan monolapisan alkiltiol sebagai dakwat. Teknik ini digunakan untuk mencetak lapisan protein dan polipeptida sintetik. Teknik ini mempunyai kelebihan berbanding teknik fotolitografi dalam mencorakkan lapisan biomolekul yang sensitif kerana tidak memerlukan penggunaan larutan yang tajam dan beralkali. |