stonewash | cucian batu | Umum | Tiada | Kaedah mencuci pakaian dengan menggunakan batu yang bertujuan untuk memudarkan warnanya. |
herbal gargle | bahan kumur herba | Herba | Tiada | Larutan herba yang digunakan untuk mencuci dan merawat bahagian tekak dan tenggorokan. Larutan ini dikumur, dan kemudian dikeluarkannya dari mulut dan tidak diminum. Contoh herba ini ialah sirih dan pudina. |
pile setting | penegak pail | Kesenian | Hiasan Dalaman | Mesin yang digunakan oleh pencuci karpet untuk mencuci karpet semasa proses menegak dan meratakan benang permaidani yang basah dengan berus dan syampu khas. |
washing | basuhan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu langkah dalam proses mencuci filem menggunakan aliran air yang berterusan pada suhu dan masa tertentu dan dilakukan di dalam bilik gelap. |
stop bath | cecah bantut | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu langkah mencuci filem untuk memberhentikan tindak balas bahan kimia pembangun yang berkeadaan alkali. Bahan kimia yang digunakan bersifat asid, pada suhu dan masa tertentu, serta dilakukan di dalam bilik gelap. |
film developing | pembangun filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu langkah proses mencuci filem untuk menukar imej terpendam kepada imej tampak dengan menggunakan campuran bahan kimia tertentu pada suhu dan masa tertentu dan dilakukan di dalam bilik gelap. |
film processing | pemprosesan filem | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Langkah yang diperlukan untuk mencuci filem dalam kaedah radiografi seperti pembangun filem, larutan bantut, penetap, basuhan dan pengeringan. Setiap langkah ini dilakukan di dalam tangki pencuci yang mempunyai bahagian yang berbeza-beza pada suhu dan masa tertentu berdasarkan spesifikasi pengeluar filem. |
drying | pengeringan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Salah satu langkah terakhir dalam proses mencuci filem yang digantung pada penyangkut khas dan dikeringkan di dalam ketuhar pada suhu dan masa tertentu. |
brush roll | pengguling berus | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Alat yang mempunyai berus dan minyak pencuci untuk mencuci kepingan logam. |
degreasing storage tank | tangki nyahgris | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tangki yang diisi dengan bahan nyahgris untuk mencuci kotoran atau gris. |