Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1. mengambil kepunyaan orang tidak dgn kebenarannya, memaling: kadang-kadang dia ~ duit ayahnya dan sebab itulah dia selalu dipukul; 2. = mencuri-curi mem­buat sesuatu dgn tidak diketahui orang atau dgn diam-diam (sembunyi-sembunyi, rahsia): ketika saya ~ melihat mukanya, nampak ia tersenyum; dia telah ~ pergi bersama-sama kawannya; ~ hati memikat hati; ~ masa menggunakan masa bekerja utk hal lain; ~ pandang memandang dgn cepat-cepat lalu menoleh ke tempat lain; ~ pekerja mengambil atau menarik pekerja (yg sedang berkhidmat dgn) sesebuah syarikat dll tanpa kerelaan majikan­nya; ~ tulang mengelakkan pekerjaan dgn tipu helah (kalau tidak diawasi tidak bekerja); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ri] | منچوري

Definisi : 1 mengambil hak orang dgn tidak setahu atau dgn tidak mendapat kebenaran orang yg empunya: Orang yg ~ ayamnya itu telah ditangkap polis. 2 = mencuri-curi membuat atau melakukan sesuatu secara sem­bunyi-sembunyi: Dia ~ melihat gadis itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencuri

Puisi
 

Baru kembang bunga seroja,
     Sudah ada orang mencuri;
Besar-besar istana raja,
     Kecil-kecil pondok sendiri.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Pantas seperti tangan beruk (= monyet).

Bermaksud :

Kecepatan tangan seseorang yang merampas atau mencuri barang orang.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
minor theftkecurian kecilKriminologiKeadilan JenayahTindakan mencuri barangan yang kurang berharga dalam jumlah yang kecil seperti mencuri alat tulis di tempat kerja.
kleptocracykleptokrasiKriminologiKeadilan JenayahPerbuatan mencuri atau mendapatkan keuntungan dengan menggunakan kuasa dan kedudukan dalam kerajaan. Perbuatan ini termasuklah pecah amanah jenayah, rasuah dan salah guna kuasa untuk kepentingan sendiri oleh pemimpin negara.
package theftpencuri bungkusanKriminologiTiadaIndividu yang mencuri bungkusan yang dihantar melalui pos atau kurier dari rumah penerima bungkusan.
pathological stealingpencurian patologiPerubatanPsikiatriKeinginan atau desakan untuk mencuri barangan dan biasanya dilakukan bukan untuk kegunaan peribadi atau keuntungan kewangan.
credit card theftkecurian kad kreditKriminologiKeadilan JenayahKeadaan atau tindakan seseorang yang mencuri kad kredit.
kleptomaniakleptomaniaKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku atau keadaan psikologi yang mendorong seseorang untuk mencuri walaupun bukan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan.
auto vehicle theftcuri kenderaanKriminologiKeadilan JenayahJenayah harta benda yang melibatkan tindakan mencuri kenderaan bermotor milik orang lain. Antara motif jenayah ini adalah untuk mengaut keuntungan, memilikinya untuk kegunaan sendiri atau melakukan jenayah lanjutan.
employee fraudfraud pekerjaUndang-undangTiadaPerbuatan menipu oleh pekerja dengan sengaja berbohong, menipu atau mencuri daripada syarikat dengan niat untuk mendapatkan faedah atau pampasan.
motor vehicle theftcuri kenderaan bermotorKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk jenayah harta benda yang melibatkan kecurian atau percubaan mencuri kenderaan bermotor atau mana-mana bahagian kenderaan tersebut.
piracypelanunanKriminologiKeadilan JenayahTindakan yang berkaitan dengan serangan atau rompakan ke atas kapal di lautan. Tindakan ini termasuklah rampasan kapal, mencuri muatan dan anak-anak kapal yang dijadikan tebusan.
12

Kembali ke atas