Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.kan]/[men.da/.kan] | مندقن

Definisi : pepejal yg tidak larut yg terhasil dlm sesuatu tindak balas kimia (yg berlangsung dlm larutan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mendak (kata nama)
Bersinonim dengan mendap, turun ke bawah;,
Kata Terbitan : memendakkan, mendakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carbon depositmendakan karbonKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMendakan berwarna hitam yang terhasil daripada pembakaran bahan api yang melekat pada bahagian enjin.
postprecipitationpemendakan lanjutanKimiaKimia AnalisisPembentukan mendakan yang kedua di atas permukaan mendakan yang sedia ada. Ia terjadi disebabkan oleh perbezaan kadar pemendakan analit dan bendasing. Ia merupakan proses yang tidak diingini dalam analisis gravitmetri.
carbon depositmendakan karbonKejuruteraan AutomotifEnjinSisa berwarna hitam yang terhasil daripada pembakaran bahan api yang melekat pada bahagian dalam kebuk pembakaran enjin seperti palam pencucuh, omboh, mahkota omboh atau dinding silinder. Kesan daripada pembentukan mendakan ini akan mengurangkan kecekapan enjin.
diesellingpendieselanKejuruteraan AutomotifEnjinKeadaan enjin pencucuhan bunga api yang menggunakan bahan api gasolin dengan sistem karburetor yang terus beroperasi walaupun sistem pencucuhan telah dimatikan. Pendieselan berlaku disebabkan wujudnya mendakan karbon yang membentuk titik-titik panas yang masih membara dalam kebuk pembakaran. Haba yang terhasil oleh mendakan ini cukup untuk berfungsi sebagai unsur pencucuhan.
oozeozzSains MarinTiadaMendakan yang mengandungi bahagian-bahagian rangka organisma seni, meliputi kawasan yang luas pada dasar lautan.
bridgetitianKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan Kereta(1) Mendakan karbon yang terjadi pada titik sentuh. (2) Diod yang disambung antara pemegun dengan sistem elektrik lain.
nucleationpenukleusanKimiaKimia AnalisisPeringkat awal pembentukan mendakan atau hablur. Penukleusan terjadi apabila sejumlah minimum zarah saling mendekati, dan menghasilkan nukleus kecil fasa pepejal.
Ostwald maturitykematangan OstwaldKimiaKimia AnalisisProses pembesaran hablur apabila mendakan dibiarkan di dalam larutan asal. Dalam proses ini zarah yang kecil akan larut dan mendak kembali di atas permukaan hablur yang lebih besar. Ia juga dikenali sebagai pencernaan.
argentometryargentometriKimiaKimia AnalisisSatu daripada kaedah pentitratan pemendakan yang berdasarkan pembentukan mendakan garam argentum dengan halida atom kromat.
valve refacerpembersih dudukan injapKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaMesin pembersih yang digunakan untuk menanggalkan mendakan yang terdapat pada bahagian permukaan dudukan injap.
123

Kembali ke atas