Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.dap] | مندڤ

Definisi : turun ke bawah dan bertimbun di dasar, mendak; mendapan segala benda (spt lumpur, pasir, dll) yg mendap; pemendapan proses dsb mendap; endap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.dap] | مندڤ

Definisi : turun ke bawah dan berlonggok di dasar (bkn pasir dll); mendak. memendapkan membiarkan benda-benda, spt pasir turun ke bawah; memendakkan. mendapan 1 lumpur, pasir dll yg turun ke bawah; mendak. 2 kejadian mendap: ~ tanah. kemendapan keadaan mendap. pemendapan perihal, perbuatan dsb mendap atau memendapkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mendap
Rujuk :mendak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benthic-pelagic couplinggandingan bentik-pelagikSains MarinTiadaZon antara muka sedimen-air yang merupakan kawasan berlakunya proses kitaran semula nutrien. Zon ini menerima pelbagai bahan organik dan bukan organik yang mendap dari zon pelagik di atasnya seperti plankton mati, bahan buangan, bahan organik dan detritus yang akan menjalani proses penguraian secara biologi atau kimia dan dikitar semula. Kitaran ini sangat penting kepada produktiviti sesuatu perairan.
flocculationpengelompokanFizikNanoteknologiProses apabila pelarut terkeluar daripada suatu larutan dalam bentuk kepingan atau gumpalan. Proses ini berlaku apabila zarah halus mengelompok bersama membentuk kepingan atau gumpalan. Kepingan atau gumpalan ini kemudiannya timbul ke permukaan cecair atau mendap ke bawah dan dapat ditapis dengan mudah.
chemical vapour depositionpemendapan wap kimiaFizikNanoteknologiProses kimia yang digunakan untuk menghasilkan bahan pejal tulen dan berprestasi tinggi. Satu lapisan substrat didedahkan kepada satu atau beberapa cecair atau gas mudah meruap yang mendorong tindak balas kimia yang kemudiannya mendap dan menghasilkan lapisan filem tipis di atas substrat tersebut. Kaedah ini biasa digunakan dalam industri semikonduktor untuk menghasilkan filem tipis.

Kembali ke atas