Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.pat.kan] | منداڤتکن

Definisi : 1. pergi bertemu atau ber­jumpa dgn, pergi atau datang kpd (seseorang): Wan Intan berlari ~ suaminya; 2. mendapat, memperoleh (menerusi usaha): kepentingan Pulau Pinang baru diinsafi manakala tidak berhasil percubaan Inggeris hendak ~ satu pangkalan lain; 3. sl mengunjungi, men­ziarahi: maka Sultan Malikul-Mansor pun singgah di darat ~ kubur Sidi Ali Hisamud-Din; 4. mengunjungi (sbg permulaan dlm surat), menjelang, menemui: ~ kekanda yg diingati; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.pat.kan] | منداڤتکن

Definisi : 1 pergi (datang) bertemu dgn atau mengunjungi: Anak itu berlari-lari ~ ibunya yg baru pulang dr pasar. 2 memperoleh sesuatu utk orang lain: Ani ~ adiknya sebuah buku cerita. 3 berusaha utk mendapat atau utk memperoleh sesuatu: Tumbuh-tumbuhan mempunyai beberapa cara utk ~ makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendapatkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
brute force attackserangan hentam kromoTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerbuatan mendapatkan maklumat rahsia seperti kata laluan atau kekunci penyulitan. Contohnya, untuk mendapatkan kata laluan, penyerang akan mencuba setiap aksara alfanumerik. Manakala, untuk mendapatkan kekunci penyulitan penyerang akan mencuba setiap kemungkinan kombinasi bit. Serangan ini lambat-laun pasti mendatangkan kejayaan kerana penyerang telah mencuba semua kemungkinan, tetapi akan mengambil masa yang lama. Serangan ini memerlukan perkakasan khusus yang berkuasa tinggi untuk mempercepat dapatan maklumat.
extortionpemerasanKriminologiTiadaPerbuatan mendapatkan wang, harta, atau perkhidmatan daripada individu atau institusi melalui paksaan, ugutan atau ancaman. Contohnya, mendapatkan wang dengan mengugut untuk membunuh mangsa.
secondary beneficiarywaris sekunderinsuransTiadaWaris kedua yang berhak mendapatkan prosid insurans jika waris pertama telah meninggal dunia atau tidak sempat mendapatkan prosid sepenuhnya disebabkan kematian.
opportunist criminalpenjenayah berpeluangKriminologiKeadilan JenayahPenjenayah yang mendapatkan, mencari atau menggunakan peluang yang ada untuk melakukan jenayah. Lazimnya, penjenayah ini menggunakan situasi yang sesuai untuk mendapatkan habuan jenayah dan tidak membuat sebarang perancangan awal. Sasaran dalam jenayah ini adalah secara rawak bergantung pada peluang yang tersedia. Contohnya, seorang samseng jalanan memecahkan cermin kereta apabila ternampak beg tangan ditinggalkan di dalam kereta.
subrogationsubrogasiinsuransTiadaHak syarikat insurans untuk mendapatkan semula dari pihak ketiga amaun yang dibayar di bawah polisi. Contohnya sekiranya kerosakan berlaku ke atas automobil anda, yang dilindungi oleh polisi insurans pelanggaran, syarikat insurans boleh mendapatkan semula daripada pihak yang automobilnya melanggar automobil anda, amaun kerosakan yang telah dibayar kepada anda dengan cara subrogasi.
integrity pactperjanjian integritiUndang-undangTiadaProses pengisytiharan oleh pembida/orang awam untuk tidak menawarkan atau memberikan rasuah bagi mendapatkan kontrak atau sebagai ganjaran mendapatkan sesuatu kontrak dan bagi mempercepat sesuatu urusan Perolehan Kerajaan melalui satu perjanjian yang ditandatangani bagi menggariskan tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku pelanggaran perjanjian atau kontrak tersebut.
corruptionrasuahKriminologiKeadilan JenayahPenyalahgunaan kuasa yang dilakukan untuk tujuan kepentingan diri atau mendapatkan keuntungan, sama ada dalam bentuk kebendaan atau perkhidmatan. Tindakan ini termasuklah perbuatan memberikan habuan berbentuk kebendaan atau perkhidmatan kepada penerima dengan tujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil.
purificationpenulenanHerbaTiadaProses mendapatkan bahan tulen melalui penyingkiran dan pengasingan benda asing atau komponen yang tidak diperlukan daripada bahan herba dengan menggunakan satu atau lebih kaedah pemisahan.
purificationpenulenanHerbaPemiawaianProses mendapatkan bahan tulen daripada ekstrak herba melalui penyingkiran dan pengasingan benda asing atau komponen yang tidak diperlukan. Proses ini menggunakan satu atau lebih kaedah pemisahan.
cupellationpengkupelanKimiaKimia AnalisisProses mendapatkan emas dan perak dengan mengaloikannya dengan plumbum kemudian mengoksidakan plumbum yang telah lebur itu untuk memisahkan logam asas daripada logam berharga.
12345678910...

Kembali ke atas