Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendarab,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scalar multiplicationpendaraban skalarMatematikTiadaProses mendarab sesuatu vektor dengan skalar, hasilnya satu vektor juga. Misalnya, diberi vektor baris v = (1, -2, 3), hasil mendarab vektor v dengan skalar 4 ialah 4v = 4(1, -2, 3) = (4, -8, 12).
cross-multiplymendarab silangMatematikTiadaMelakukan proses mendapatkan nilai ad = bc jika a=b jika a=c, atau a=b, atau b=d, atau c=d.
abridged multiplicationpendaraban tersingkatMatematikTiadaProses mendarab dan menggugurkan nilai-nilai yang tidak mempengaruhi darjah kejituan yang dikehendaki, selepas setiap pendaraban dengan satu digit pendarab.
cross multiplicationpendaraban silangMatematikTiadaProses mendarab secara silang yang menghasilkan ad = bc, jika a = c atau a = b atau b = d, atau c = d.
Arrhenius preexponent factorfaktor praeksponen ArrheniusKejuruteraanKejuruteraan KimiaFaktor yang mendarab eksponen tenaga keaktifan dengan suhu tindak balas. Teori perlanggaran meramalkan faktor itu berubah dengan punca ganda dua suhu dan teori keadaan peralihan pula meramalkan faktor itu bersandarkan struktur molekul dan kompleks peralihan. Lazimnya faktor ini bersandarkan suhu dengan lemahnya dan boleh dianggap sebagai faktor yang malar.
dot producthasil darab bintikMekanikGunaanKuantiti skalar yang diperoleh dengan mendarab dua vektor A dan B berdasarkan takrif, A . B = AB kos θ dengan θ sebagai sudut tirus di antara dua vektor itu. Hasil darab ini boleh dilihat sebagai magnitud A didarab dengan magnitus kompnen B di arah A, ataupun sebagai magnitud B didarab dengan magnitud komponen A di arah B. Dalam mekanik gunaan, hasil darab bintik mempunyai beberpa kegunaan. Dua kegunaannya yang utama ialah untuk melerai vektor 9misalnya untuk melerai vektor V pada arah paksi-x yang arah positifnya diperihalkan oleh vektor unit i, (Vx = V . i) dan untuk menghitung kerja U yang dilakukan oleh daya F apabila daya itu tersesar dengan sesaran ds (U = F . ds). Hasil darab bintik ini juga dinamai hasil darab skalar.
ampere-hourampere-jamKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUnit yang digunakan untuk mengukur muatan bateri yang diperoleh dengan mendarab arus (dalam ampere) dengan masa (dalam jam)
ampere-hourampere-pusinganKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaUnit yang digunakan untuk mengukur muatan bateri yang diperoleh dengan mendarab arus (dalam ampere) dalam masa (dalam jam).
train kilometertren kilometerKejuruteraan AutomotifTiadaUnit ukuran jumlah keseluruhan perjalanan tren dalam kilometer, lazimnya dikira dalam setahun. Unit ini diperolehi dengan mendarab bilangan tren dengan jarak perjalanan dalam kilometer.
arithmetic logic unit (ALU)unit aritmetik logikTeknologi MaklumatTiadaUnit aritmetik dan logik adalah litar digit yang merupakan komponen utama di dalam unit pemprosesan pusat (CPU). Fungsi ALU adalah untuk melaksanakan operasi aritmetik integer seperti menambah, mendarab, membahagi dan pengurangan. Manakala operasi logik adalah seperti DAN, ATAU, TAK dan X-ATAU.

Kembali ke atas