Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.rat] | مندارت

Definisi : 1. turun dr kapal (perahu dsb) dan naik ke darat: tentera Jepun sudah ~ di Jawa; 2. turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): kapal terbang itu tidak dapat ~ kerana kabus yg tebal; 3. pergi ke kawasan (daerah) pe­dalaman: setibanya di kuala sungai, mereka pun terus ~; 4. Mn pergi melalui (jalan) darat: lebih selamat kita ~ sahaja drpd belayar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.rat] | مندارت

Definisi : 1 turun dr kapal atau dr perahu; naik ke darat: Tentera musuh telah ~ di pantai timur. 2 turun ke tanah dr udara (bkn kapal terbang): Kapal terbang MAS telah ~ di Kota Kinabalu. 3 pergi ke kawasan pedalaman: Mereka ~ mencari rotan. 4 mengikut (melalui) jalan darat: Saya lebih suka belayar drpd ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendarat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baggage claim areatempat tuntutan bagasiPelanconganTiadaLokasi penumpang mengambil bagasi setelah mendarat.
spotteranjung tinjauUmumTiadaSebuah anjung untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat.
relative projection heightketinggian projeksi relatifSains SukanBiomekanikPerbezaan ketinggian projeksi dengan ketinggian mendarat.
freedoms of the airkebebasan udaraPelanconganTiadaHak yang diberikan kepada syarikat penerbangan sesebuah negara untuk mendarat, mengambil penumpang dan kargo atau memasuki ruang udara sesebuah negara yang lain.
in transitdalam transitHerbaPeraturan dan PemasaranBarang atau produk dalam persinggahan sebelum sampai ke destinasi. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), dalam transit didefinisikan sebagai pengambilan atau penghantaran produk berdaftar dari mana-mana negara yang dibawa masuk ke Malaysia melalui jalan darat, udara atau air, sama ada mendarat atau tidak, dipindah atau tidak di Malaysia, dengan tujuan untuk dibawa ke negara lain sama ada dengan kaedah pengangkutan yang sama atau lain tidak tertakluk kepada kawalan pengimportan.

Kembali ke atas