Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.tang.kan] | منداتڠکن

Definisi : 1. membawa (memasukkan, memanggil) dr tempat lain: air tambahan ini didatangkan dr kolam dan terusan air; pihak universiti akan ~ beberapa orang pen­syarah dr luar negeri; 2. menyebabkan (meng­akibatkan, menjadikan) berlakunya (wujudnya, terdapatnya, dll) sesuatu, me­nimbulkan: demokrasi di Malaysia ini akan ~ kebahagiaan dan kesejahteraan kpd negara kita; moga-moga usaha ini akan ~ faedah kpd kita bersama; peperangan akan ~ berbagai-bagai keburukan semata-mata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.tang.kan] | منداتڠکن

Definisi : 1 membawa dr tempat lain: Institut itu akan ~ beberapa orang pensyarah dr Jerman. 2 mengakibatkan; menyebabkan: Kumanlah sebab utama yg ~ penyakit. 3 menghasilkan: Perusahaan memungut telur penyu sentiasa ~ keuntungan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendatangkan

Peribahasa

Hemat pangkal kaya,
     sia-sia hutang tambah.

Bermaksud :

Hemat dan cermat mendatangkan kesenangan, boros dan membazir mendatangkan kesukaran.

 

Lihat selanjutnya...(47)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
prurituspruritusHerbaFitoterapiGatal yang teruk sehingga mendatangkan keinginan untuk menggaru. Pruritus menunjukkan ciri- ciri kebanyakan penyakit kulit seperti alahan dan boleh juga menjadi tanda sesuatu penyakit sistemik.
barbituratebarbituratPerubatanPsikiatriDrug yang bertindak pada sistem saraf pusat dan boleh mendatangkan ketagihan.
threat assessmenttaksiran ancamanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerProses mengenal pasti agen atau acara yang boleh mendatangkan risiko kepada aset sistem komputer. Proses ini juga mengenal pasti jenis ancaman yang mampu dibawa olehnya dan kemungkinan ancaman ini berlaku, termasuk tahap kegentingan yang mungkin dihadapi oleh operasi organisasi atau pemilik sistem komputer.
transfer paymentbayaran pindahanEkonomiTiadaBayaran yang dibuat bukan berasaskan perkhidmatan produktif penerima, yang tidak mendatangkan pulangan dalam bentuk wang kepada pembayarnya. Misalnya, bayaran kebajikan, bayaran pencen, dan bantuan asing. Bayaran ini merupakan salah satu cara mengagihkan semula pendapatan kepada orang miskin.
fast tracklaluan pantasPendidikanTiadaKaedah segera melalui laluan, kursus dan program khas bagi memperoleh sesuatu atau mendatangkan hasil dengan lebih cepat daripada kebiasaan.
herbal product recalltarik balik produk herbaHerbaTiadaProses menarik balik produk herba yang mempunyai masalah kualiti yang mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan pengguna. Prosedur tarik balik perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Contohnya, penarikan produk herba yang telah dicemari dengan dadah berjadual.
killfieswafoto mautFotografiTiadaGambar seseorang yang diambil sendiri dengan menggunakan kamera telefon pintar atau kamera digital di tempat berbahaya yang boleh mendatangkan kematian.
fraudulent e-maile-mel tipuKriminologiKeadilan JenayahSejenis penipuan yang dilakukan secara sengaja dengan menggunakan e-mel sebagai medium untuk mengaut keuntungan atau mendatangkan kesan buruk kepada seseorang individu atau organisasi. Contohnya, e-mel yang dihantar kepada seseorang berkaitan dengan pewarisan harta walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan harta tersebut.
violent behaviourtingkah laku ganasKriminologiKeadilan JenayahTingkah laku agresif mana-mana individu yang memudaratkan diri sendiri, orang lain atau harta benda. Contohnya, seorang lelaki bersikap kasar dengan teman wanitanya sehingga mendatangkan kecederaan.
side effectkesan sampinganHerbaPemiawaianKesan yang tidak diingini apabila ekstrak herba diambil secara berlebihan. Kesan sampingan termasuk rasa sakit, pening, loya dan tidak selesa. Contohnya, pengambilan ekstrak herba tongkat ali (Eurycoma longifolia) secara berlebihan boleh mendatangkan rasa pening dan panas.
12

Kembali ke atas