pancake engine | enjin bertentang | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Enjin yang mempunyai dua baris silinder bertentangan dalam satah yang sama. Enjin ini biasanya dipasang secara mendatar dengan bilangan silinder yang genap seperti mendatar-4 dan mendatar-6. |
rail | susur | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahagian mendatar yang terdapat pada kerangka, panel tingkap atau pintu. Dalam pertukangan kayu, susur merujuk kepada sebarang anggota mendatar yang diikat menggunakan tanggam lubang puting atau dengan cara lain di antara atau di atas dua tiang yang menyebabkan pembentukan kerangka atau panel yang berikut: a. pagar, sama ada petak pengurungan dibentuk dengan hanya dua rel selari atau lebih untuk membolehkannya dipaku kepada anggota menegak atau tiang; b. koping pada selasar yang dikenali sebagai selusur tangan, yang terdapat pada tangga; c. bingkai pada panel, pintu, tingkap atau gambar dengan anggota mendatar dan menegak bingkai bertindak sebagai penerima panel; d. susur batu berbentuk besar dan berat, dipahat dengan hiasan yang teliti serta bertindak sebagai pagar upacara kepada lereng curam kuil Buddha purba; e. gegalang, iaitu bebatang mendatar yang digunakan sebagai alat gantung untuk tuala dan langsir; f. gelangsar, iaitu kekotak untuk meluncur atau menggelincir pintu atau pintu lipat gelangsar, sama ada dipasang secara gantung di sebelah atas atau dipasang di bawah pintu. |
horizontal equity | ekuiti mendatar | Ekonomi | Tiada | Prinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti mendatar, pembayar cukai yang mempunyai sama tingkat pendapatan atau kekayaan hendaklah membayar cukai yang sama, walaupun punca pendapatan mereka berbeza. |
burden | ulangan | Kesusasteraan | Puisi | Aspek penekanan sama adu pada bunyi suku kata, perkataan, rangkap, frasa, pola rima atau baris dalam sesebuah puisi. Aspek ulangan ini dilakukan oleh penyair dalam bentuk mendatar atau menegak. Ulangan mendatar seperti pada puisi "Sayang Disayang" karya Salmi Manja, rnanakala ulangan rnenegak seperti puisi "Lagu Anak Revolusi" karya Dharrnawijaya: berlagulah ia ... (R:3, b:1) berlagulah ia ... (R:3, b:2) ya, lagu anak revolusi ... (R:5, b:l) lagu anak revolusi (R:5, b:3) (Lagu Anak Rel'(J/usi) senyumlah senyum (R:5, b:5) (Sayang Disayang) |
horizontal/lateral gene transfer | pemindahan gen mendatar | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Pemindahan bahan genetik daripada organisma penderma kepada organisma penerima yang bukan zuriat (anak) melalui proses transduksi, transformasi dan konjugasi. Pemindahan gen mendatar ini merupakan faktor penting dalam evolusi organisma. |
plan | pelan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Reka bentuk mendatar atau susun atur pada bahagian bangunan yang diperincikan oleh lukisan bangunan. Lukisan ini dihasilkan dalam bentuk lukisan dua dimensi daripada keratan mendatar satu meter dari aras lantai. Pelan juga menggambarkan pandangan atas sesebuah objek. |
flat bottom holes (FBH) | lubang bawah mendatar (FBH) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Blok penentukuran piawai yang digunakan dalam kaedah ultrasonik bagi menentukan tahap kepekaan prob semasa pemeriksaan bahan. Blok ini mempunyai lubang-lubang bawah mendatar yang bergaris pusat dan berkedalaman tertentu. Banding lubang gerudi sisi. |
pathogenicity island | pepulau kepatogenan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kelompok gen dalam mikroorganisma patogen yang menentukan tahap kemudaratan melalui kaedah pemindahan gen mendatar. Lihat juga pemindahan gen mendatar. |
A-scan | imbas-A | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Paparan yang menunjukkan denyut ultrasonik apabila prob digerakkan pada permukaan bahan uji secara mendatar pada skrin. Pada posisi ini, masa transit yang diambil oleh gelombang ultrasonik untuk bergerak di dalam bahan digambarkan pada paksi mendatar manakala amplitudnya pada paksi menegak. |
flatter organization | organisasi mendatar | Pentadbiran | Tiada | Struktur pentadbiran sesebuah organisasi yang memiliki sedikit atau tidak ada peringkat pengurusan pertengahan antara kakitangan dengan pihak eksekutif. |