Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ka.ti] | مندکتي

Definisi : 1. pergi (datang) dekat kpd, menghampiri (sesuatu atau seseorang), merapati, datang berdekatan dgn: saya ~ peti radio dan kemudian menutupnya; 2. hampir tiba pd (masanya dll), menuju ke (waktunya): setiap saat yg berlalu bererti peperiksaan ~ masanya; 3. (hendak) berbaik-baik, ber-hubungan erat dgn: Amerika Syarikat dan Rusia sama-sama berlumba utk ~ negara-negara yg baru muncul; 4. hampir mencapai (bkn umur dll): usianya sudah ~ empat puluh tahun; 5. mengambil langkah dsb utk me­laksanakan tugas dsb atau mengatasi masalah: ada beberapa cara kita boleh ~ masalah itu; 6. seakan-akan, hampir menyerupai (menyamai): gambaran yg ~ kenyataan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ka.ti] | مندکتي

Definisi : 1 datang atau pergi dekat dgn; menghampiri; merapati: Saya ~ polis itu lalu bertanya. 2 hampir tiba masanya: Orang tua itu, makin hari makin ~ hari matinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendekati

Peribahasa

Tersendeng-sendeng bagai sepat di bawah mengkuang.

Bermaksud :

Orang kecil yang takut dan malu hendak mendekati orang besar dan mulia. tersendeng = tersenget-senget.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
inversioninversiSains SukanBiomekanikPergerakan sendi pergelangan kaki yang mendekati garis tengah badan pada satah frontal. Contohnya, pergerakan tapak kaki yang menghala ke arah dalam semasa aksi menimbang bola dalam acara sepak takraw. Lihat juga satah frontal. Banding eversi.
con approachpendekatan tipuKriminologiKeadilan JenayahSatu bentuk penipuan apabila pelaku mendekati mangsa secara terbuka dan berpura-pura meminta bantuan atau menunjukkan arah sesuatu tempat. Tujuan pelaku melakukan penipuan adalah untuk mendapatkan habuan daripada mangsa.
proximalproksimalSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan kedudukan anggota atau arah anggota yang mendekati bahagian tengah jasad.
authentic assessmentpentaksiran autentikTeknologi Maklumate-PembelajaranPenilaian pengetahuan atau penglibatan pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Pentaksiran autentik meliputi pelbagai aspek yang merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadap persekitaran dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.
nucleationpenukleusanKimiaKimia AnalisisPeringkat awal pembentukan mendakan atau hablur. Penukleusan terjadi apabila sejumlah minimum zarah saling mendekati, dan menghasilkan nukleus kecil fasa pepejal.
push-up exerciselatihan tolak-dekatSains KesihatanTiadaTerapi penglihatan secara menumpukan perhatian ke arah suatu objek yang digerakkan mendekati atau menjauhi hidung.
pen-to-nose-exercisalatihan pen ke hidungSains KesihatanTiadaTerapi penglihatan secara menumpukan perhatian ke arah mata pen yang digerakkan secara mendekati dan menjauhi hidung.
adductionaduksiSains SukanBiomekanikPergerakan anggota badan dari posisi anatomi yang berlaku pada satah frontal. Anggota badan seperti tangan dan kaki bergerak secara lateral mendekati garis tengah badan. Aduksi tangan melibatkan pergerakan tangan dari atas ke sisi badan, manakala aduksi kaki melibatkan pergerakan kaki dari atas ke sisi badan. Contohnya, fasa yang melibatkan aduksi kaki semasa aksi acara kekuda berpelana dalam gimnastik artistik. Lihat juga posisi anatomi, satah frontal. Banding abduksi.
squishskuisyKejuruteraan AutomotifEnjinRuang dalam kebuk pembakaran pada sesetengah enjin yang ombohnya menghimpit sebahagian campuran udara-bahan api pada penghujung lejang mampatan. Ketika omboh mendekati pusat takat terakhir atas, campuran tersebut tertolak keluar dari ruang himpitan. Keadaan ini menghasilkan gelora yang menyebabkan campuran udara-bahan api lebih sempurna, seterusnya pembakaran lebih cekap terhasil.

Kembali ke atas