Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1. menangkap (bunyi, suara) dgn telinga: pd mulanya dia tidak ~ orang mengetuk pintu; 2. mendapat (khabar, berita, dll), mendapat tahu: setelah ia ~ khabar Raja Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja; 3. memberikan perhatian kpd kata-kata dsb seseorang (utk mengikutnya, memper­timbangkannya, dsb), mempedulikan, me­ngikut (kata, suruhan, dll): kerana si isteri ~ hasutan orang, kedamaian rumah tangga tidak terdapat di rumahnya; ~, mengingat (menimbangkan) memutuskan Id (digunakan berkaitan dgn) proses membuat sesuatu ke­putusan (resolusi); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.de.ngar] | مندڠر

Definisi : 1 dpt menangkap atau menanggap bunyi (suara dll) dgn telinga: Saya ~ suara orang meminta tolong dr pondok itu. 2 mendapat berita (khabar dll): Saya baru ~ berita sedih dr kampung. 3 mengikut kata, suruhan, tegahan dll; mempedulikan: Dia tidak mahu ~ nasihat guru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendengar

Puisi
 

Pokok nyiur pokok pinang,
     Pokok dedap pohon pandan;
Bila mendengar adik bertunang,
     Abang di sini tak sedap badan.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Kerana mendengar bunyi.

Bermaksud :

Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.

 

Lihat selanjutnya...(22)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
auditory learnerpelajar auditoriTeknologi Maklumate-PembelajaranPelajar yang selesa dengan kaedah pengajaran melalui pendengaran dan percakapan seperti membaca dengan kuat, mendengar rakaman suara, mendengar syarahan atau kuliah, mendengar muzik dan lain-lain. Banding pelajar kinestatik, pelajar visual.
listeningdengarSains KesihatanTiadaMendengar bunyi dengan penuh tumpuan.
filter bubblegelembung saringanUmumTiadaSituasi apabila seseorang hanya mendengar atau melihat berita dan maklumat yang menyokong apa yang mereka sudah percaya dan suka, terutamanya situasi yang dicipta di internet hasil daripada algoritma (set peraturan) yang memilih hasil carian seseorang.
binaural summationpenjumlahan binuaralSains KesihatanTiadaPeningkatan ambang pendengaran apabila seseorang mendengar melalui kedua-dua telinga.
plenary sessionsesi plenoPelanconganTiadaSesi apabila kesemua peserta persidangan dikumpulkan dalam satu ruang untuk mendengar taklimat dan memberikan pandangan masing-masing atau bertukar-tukar pendapat dalam kalangan mereka yang mempunyai kepentingan bersama.
confidanttema mengaduKesusasteraanTiadaWatak dalam drama yang membantu watak utama dari segi memberikan nasihat dan mendengar segala masalah dan keluhan watak utama di samping menyimpan rahsianya.
home based recreationrekreasi berasaskan rumahPelanconganTiadaAktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan di rumah, seperti menjahit, membaca dan mendengar muzik.
narrative contractkontrak naratifKesusasteraanTiadaBentuk perjanjian atau persetujuan secara bersama antara pencerita dengan audiensnya. Dengan perjanjian atau persetujuan ini, pencerita akan bercerita dan audiens dapat mendengar cerita itu. Pada tahap yang paling asas, kontrak naratif boleh wujud melalui kata-kata seorang ibu kepada anaknya, �Saya akan bercerita seandainya awak bersedia menerima nasihat saya�. Pada tahap yang lebih kompleks, kontrak naratif juga berkaitan dengan norma budaya yang hidup dalam masyarakat. Seorang pencerita tidak boleh bercerita dengan sebebas-bebasnya kerana dia harus terikat dengan tuntutan konvensi pemikiran atau sosiobudaya audiens dalam masyarakatnya.
asideaisik kuatKesusasteraanTiadaTeknik lakonan yang membolehkan pelakon mendedahkan pemikiran dan emosinya tentang watak lain atau sesuatu peristiwa kepada penonton. Pada waktu itu, pelakon lain berada di atas pentas, dan mereka seolah-olah tidak mendengar bisikan kuat itu. Teknik ini digunakan dalam drama Shakespeare, opera Cina, drama Sanskrit, dan bangsawan. Lihat juga senandika.
auditory filterpenuras auditoriSains KesihatanTiadaSistem auditori yang bertindak seperti penuras yang berupaya membahagi-bahagikan komponen frekuensi bunyi yang kompleks yang diberi secara serentak. Individu yang cacat pendengaran tidak mempunyai keupayaan ini dan kerana itu mereka sukar mendengar walaupun menggunakan alat bantu pendengaran.
12

Kembali ke atas