Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.do.ku.men.ta.si.kan] | مندکومنتاسيکن

Definisi : mengusahakan (dgn mengumpulkan, menyusun, merakamkan, dsb) sehingga tersedia sbg dokumentasi: persatuan-persatuan kaum berkenaan harus mempunyai unit penyelidikan dan doku­mentasi sendiri utk menyelidik dan ~ khazanah budaya mereka; seseorang pe­ngumpul cerita rakyat dapat ~ bahan yg boleh menjadi bahan kajian penting utk generasi akan datang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendokumentasikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
structure chartcarta strukturTeknologi MaklumatTiadaAlat reka bentuk untuk mendokumentasikan model atur cara dan logik kawalan yang mengaitkan modul-modul tersebut.
HIPO (hierarchical input-process-output)HIPO (input-proses-output berhierarki)Teknologi MaklumatTiadaMetodologi bagi mendokumentasikan atur cara dan reka bentuk sistem dengan membahagikan atur cara dan reka bentuk sistem tersebut kepada modul-modul komponen.
domain modelmodel domainTeknologi MaklumatPerisianModel konsep bagi suatu sistem yang menerangkan pelbagai entiti yang terlibat dalam hubungan dan sistem tersebut. Model ini dicipta untuk mendokumentasikan konsep asal dan perbendaharaan kata bagi sistem tersebut. Model ini mengenal pasti hubungan antara kesemua entiti utama yang berada dalam sistem tersebut dan kebiasaannya dapat mengenal pasti kaedah dan atribut yang penting. Hal ini bererti model domain dapat menyediakan gambaran berstruktur bagi sistem tersebut yang kebiasaannya dapat dilengkapi oleh pandangan dinamik seperti dalam model Use Case. Model ini digunakan pada peringkat rendah dalam kitaran pembangunan perisian. Contohnya, dalam UML, model domain diwakili oleh ‘class diagram’.

Kembali ke atas