Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.du.kung] | مندوکوڠ

Definisi : 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan se­belah tangan lagi diletakkan di bawah ke­tiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. meng­gendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegak­kan, dsb): bahawa­sanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hen­dak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masya­rakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita men­daulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. mem­bantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. menge­mukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang ke­kenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.du.kung] | مندوکوڠ

Definisi : 1 membawa di pinggang atau di belakang: Dia ~ anaknya yg kecil dan memimpin anaknya yg besar. 2 mempunyai sesuatu matlamat dan berusaha utk mencapainya: Pertubuhan itu ~ cita-cita mempersatukan segala kaum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendukung


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
utopianismutopianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mendukung pembinaan suatu masyarakat yang ideal tetapi mustahil untuk dicapai dalam kehidupan realiti. Fahaman ini bersifat sempurna dan menjadi idaman kepada pemikir. Ciri-ciri utama masyarakat dalam fahaman ini antaranya mengutamakan kesejahteraan orang ramai, hak yang saksama, keadilan dan pemilikan kekayaan bersama. Pemikiran sosialisme utopia dibentuk berasaskan idea ini. Thomas Moore merupakan salah seorang pengamal idea ini. Sinonim faham utopia.
feminist literaturesastera feminisKesusasteraanTiadaSastera yang mendukung matlamat dan perjuangan, serta memperjelaskan dan mempertahankan hak wanita.
toryismfaham konservatifSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman ini mendukung idea konservatif yang tidak suka kepada sebarang perubahan. Pendukung fahaman ini lebih suka mengekalkan ciri-ciri budaya dan institusi yang tradisional dalam masyarakat. Fahaman ini juga lebih cenderung mengekalkan status quo, memperjuangkan kelas atasan dan menengah serta tidak suka kepada perubahan yang menyeluruh dan mendadak. Contohnya Parti Konservatif Great Britain.
socialistsosialisSains PolitikPolitik PerbandinganIndividu atau kelompok yang mendukung fahaman sosialis. Pendukung sosialis cenderung kepada konsep pemilikan awam seperti pendidikan, pengangkutan, hospital atau kesihatan dan pembekalan tenaga yang dimiliki oleh kerajaan. Mereka juga tidak membenarkan institusi-institusi penting ini dikuasai oleh pihak peniaga persendirian yang lebih mementingkan keuntungan. Pendukung ini menentang keras sistem kapitalis yang menindas kelas bawahan. Terdapat beberapa variasi sosialisme seperti leninisme, stalinisme dan marhaenisme. Contoh tokoh sosialis tanah air sebelum merdeka ialah Ahmad Boestamam.
social democracydemokrasi sosialSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang terpengaruh dengan unsur sosialisme. Demokrasi ini memelihara dan memperbaik kedudukan buruh secara perlahan-Iahan dan bukan secara revolusi. Kedudukan buruh tidak semestinya terhapus tetapi penderitaan mereka perlu dihentikan. Sistem ini menghalang buruh untuk menentang dan menguasai kerajaan. Sistem ini juga mendukung pemikiran bahawa kerajaan hanya berperanan mengawal ekonomi dan kedudukan buruh. Pada asalnya, sistem ini dipengaruhi dari idea sosialis dan komunis Marx, namun lama-kelamaan berkembang sendiri dan menolak idea Marx khususnya yang berhubung dengan revolusi dan perubahan sosial secara kekerasan. Demokrasi sosial kemudiannya berkembang pesat di Eropah Barat sehingga mendorong kepada pembinaan Negara Kebajikan. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan dilaksanakan, sementara itu golongan atasan terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk membantu kelas bawahan. Contohnya, Great Britain di bawah pentadbiran Tony Blair.
nation-statenegara bangsaSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang ditubuhkan berasaskan satu bangsa yang mempunyai pemerintah, kedaulatan dan sempadan yang jelas. Dalam negara ini, undang-undang dan dasar pemerintahan dibentuk sesuai dengan aspirasi atau kehendak bangsa yang menghuni negara tersebut. Negara bangsa dianggap sudah terbentuk apabila warganegaranya merasakan mereka merupakan satu bangsa yang mendukung tamadun dan budaya yang sepunya dan tidak lagi menonjolkan isu seperti tuntutan pemisahan wilayah, perbezaan dan konflik ras, minoriti, keterpinggiran dan diskriminasi. Walaupun wujud perbezaan kaum, agama atau bahasa dalam negara ini, kemajmukan ini masih boleh bersatu dalam satu bangsa. Namun begitu, kewujudan satu bangsa yang sepadu dalam sebuah negara agak sukar dicapai kerana dalam kebanyakan negara, isu-isu di atas masih wujud dan sukar diatasi. Contoh negara bangsa yang berjaya ialah Jepun dan Korea Selatan.
herowiraKesusasteraanTiadaWatak lelaki utama dalam drama atau naratif yang mempunyai sifat, nilai serta tujuan yang terpuji. Wira terlibat secara langsung sebagai aksi utama dalam sesebuah cerita, sering dipertembungkan dengan kerenah penjarah atau watak jahat dan menjadi tumpuan perhatian khalayak. Watak utama lelaki dikenali sebagai wira manakala watak utama perempuan ialah wirawati. Istilah ini membawa konotasi kewiraan yang positif dan sering dikaitkan dengan epik dan mitos, iaitu bentuk karya yang banyak mendukung makna kewiraan. Oleh itu, wira dibezakan dengan protagonis, iaitu istilah yang merujuk kepada watak utama, tetapi lebih neutral sifatnya. Watak utama yang tidak mempunyai sifat dan nilai terpuji disebut sebagai antiwira. Wira berasal daripada perkataan Yunani hero yang bermaksud �pelindung�. Lihat juga antagonis, wirawati.
utilitarianismutilitarianismeSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman yang mengutamakan faedah atau utiliti. Pendukung fahaman ini akan cuba memaksimumkan keuntungan atau keseronokan serta meminimumkan kerugian atau kos dalam setiap tindakan dan dasar. Setiap dasar atau tindakan dilakukan secara berhemah supaya matlamat ini tercapai. Keutamaan dalam pemikiran ini ialah kepentingan tercapai dengan kos yang minimum. Antara sarjana yang mendukung fahaman ini ialah Jeremy Bentham, John Stuart Mill dan Thomas Hobbes.

Kembali ke atas