vertical equity | ekuiti menegak | Ekonomi | Tiada | Prinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak. |
apeek | tegak/hampir tegak | Sukan | Tiada | 1. Dalam kedudukan menegak atau hampir menegak.,2. Ke arah atas. |
apeak | tegak/hampir tegak | Pelayaran | Tiada | 1. Dalam kedudukan menegak atau hampir menegak.,2. Ke arah atas. |
verticasl visibility | ketampakan menegak | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Jarak yang dapat dilihat secara menegak oleh pemerhati dalam keadaan kehadiran fenomena pengaburan. Anggaran ketampakan menegak diperoleh berdasarkan penaikan belon siling atau belon duga, atau dengan penembusan cahaya sorot siling atau dengan silometer. |
hydrostatic equation | persamaan hidrostatik | Geologi | Tiada | Persamaan bagi komponen menegak persamaan vektor gerakan apabila semua daya Coriolis, lengkungan bumi, geseran, dan pecutan menegak terlalu kecil sehingga boleh diabaikan jika dibandingkan dengan daya tekanan menegak dan daya graviti. |
hydrostatic equation | persamaan hidrostatik | Sains | Hidrometeorologi | Persamaan bagi komponen menegak persamaan vektor bagi gerakan apabila kesemua unsur Coriolis, lengkungan bumi, geseran dan pecutan menegak terlalu kecil sehingga boleh diabaikan jika dibandingkan dengan daya tekanan menegak dan daya graviti. Oleh itu dengan ialah tekanan; pecutan graviti; dan ketinggian geometri. Untuk gerakan skala siklon, ralat yang timbul akibat penerapan hidrostatik kepada atmosfera adalah kurang daripada 0.01 peratus. |
vertical half page | separuh halaman menegak | Komunikasi | Korporat | Ruang iklan menegak yang memenuhi separuh halaman sesuatu penerbitan bercetak. Ruang iklan ini mempunyai dua faedah utama. Pertama, kos iklan yang rendah. Kedua, cara ini boleh menarik perhatian khalayak untuk membaca bahan bertulis di sebelahnya yang secara tidak langsung akan terdedah kepada iklan berkenaan. Iklan yang memenuhi ruang ini kerap disesuaikan dengan tema rencana pada halaman tersebut dan jenis khalayak yang disasarkan. Selain boleh menjimatkan kos, iklan ini boleh meningkatkan keberkesanan penyampaian mesej. Walau bagaimana pun, kos ruang iklan ini bergantung pada jenis dan kedudukan halaman dalam sesuatu penerbitan. Lebih kerap halaman terdedah kepada pembaca maka lebih tinggi nilai kos iklan di halaman menegak tersebut.. |
bar chart or bar graph | carta bar atau graf bar | Teknologi Maklumat | Tiada | Carta atau graf yang menggambar maklumat (nilai melawan kategori) dalam bentuk palang atau bar. Bar yang digambarkan boleh dalam bentuk menegak (nilai di paksi menegak, kategori di paksi mengufuk) atau dalam bentuk mengufuk (nilai di paksi mengufuk, kategori di paksi menegak). Dalam carta/graf bar yang sama, dua atau lebih kategori boleh digunakan untuk tujuan membandingkan nilai kategori tesebut. Contoh carta bar mengufuk seperti berikut: Rajah 1 |
rising main | sesalur menegak | Teknik | Elektrik | Sistem pendawaian yang hanya digunakan dalam keadaan menegak, misalnya sebagai pendawaian bekalan masuk ke setiap tingkat rumah bertingkat. Pendawaian ini biasanya dibuat dengan menggunakan palang bas yang diisi ke dalam sesalur atau menggunakan kabel dalam pembuluh. |
vertical polarization | pengutuban menegak | Aeroangkasa | Tiada | Fenomena fizikal gelombang elektromagnet yang mengehadkan getaran pada arah menegak. |