Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.ga/.kan] | منݢقکن

Definisi : 1. meletakkan berdiri tegak (tiang dll), mendirikan: ~ tiang; 2. ki mem-bina, membangunkan (rumah dll), menubuhkan (persatuan dll): ~ rumah; ~ perkum-pulan; 3. menjadikan (menyebabkan) tegak: ~ bulu roma; 4. mengusahakan supaya berdiri tegak, mengusahakan supaya menjadi teguh dan kuat, mempertahankan (negara, keadilan, keyakinan, dll), memelihara atau mempertahankan (kemerdekaan, kedaulatan, dll): perjuangan utk ~ bahasa Melayu sbg Bahasa Kebangsaan; berusaha utk ~ keamanan dlm kawasan ini; 5. memegang teguh (pd pendapat, pendirian, kebenaran, dll), memper-tahankan (pendapat dll): Tuhan sentiasa berada dgn kita dlm ~ kebenarannya; 6. memperkukuh (hati, semangat, keberanian, dll), memperteguh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.ga/.kan] | منݢقکن

Definisi : 1 meletakkan supaya berdiri tegak (bkn tiang dsb); mendirikan: ~ tiang. 2 mendirikan (rumah, persatuan dsb); membangunkan; menubuhkan. 3 menyebabkan atau menjadikan tegak: Cerita yg seram itu ~ bulu roma. 4 mengusahakan supaya menjadi kuat atau teguh: Mereka berjuang utk ~ keadilan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tegak (adjektif)
Bersinonim dengan lurus, tidak condong, tidak miring, tidak senget;,
Kata Terbitan : tegak-tegak, menegak, menegakkan, tertegak,

Peribahasa

Menegakkan sumpit tak berisi.

Bermaksud :

Mencuba menegakkan sesuatu yang mustahil. (Peribahasa lain yang sama makna: Mendirikan [= menegakkan] benang basah).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
arrectorarektorPerubatanTiadaOtot yang menegakkan sesuatu struktur.
erectorerektorPerubatanTiadaOtot yang menegakkan sesuatu struktur, misalnya erektor zakar dan otot iskiokavernosus.
angkat beliraangkat beliraKesenianTiadaProses menegakkan belira besar di celah benang lungsin sewaktu menenun.
kicking teetungkuSukanRagbiAlat sokongan untuk menegakkan bola semasa tendang letak dilakukan.
dynamic stabilitykestabilan dinamikKejuruteraanTiadaJumlah tenaga yang diperlukan untuk menegakkan kapal atau mencondongkan ke sudut tertentu.
deadmanorang matiTeknikElektrik1. Tiang sokong berbentuk X yang digunakan semasa menegakkan tiang elektrik. Dengan adanya kren, tiang ini tidak lagi dimanfaatkan kecuali di tempat terpencil yang sukar dimasuki kren. 2. Konkrit panjang atau keluli yang ditanam dalam tanah sebagai tempat mengikat dawai giuk. 3. Lihat lengan silang.
tapak ruingtapak ruingKesenianTiadaBahagian ruing yang merupakan kayu yang menjadi asas untuk menegakkan tiang ruing.
breast shorejermang penahanPelayaranTiadaBatang penahan yang dipasang pada tepi badan kapal dekat air beban untuk menegakkan kapal ketika di dok kering.
public relations advocacybelaan perhubungan awamKomunikasiTiadaTindakan bahagian perhubungan awam yang memperjuangkan sesuatu isu atau idea. Contohnya, menegakkan kepentingan untuk menjamin alam sekitar supaya tidak tercemar. Tindakan yang dilakukan harus berlandaskan kepentingan awam.
prism binocularbinokular prismaFizikOptikBinokular yang terdiri daripada teleskop Kepler yang menggunakan sistem penegak prisma Porro untuk menegakkan imej dan mengurangkan jarak alat tersebut.
12

Kembali ke atas