acrosome | akrosom | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Membran yang menyelaputi hujung anterior kepala spermatozoa. Akrosom menghasilkan enzim lisosom dan proteolisis bagi mencerna dan menembusi lapisan zona pelusida di sekeliling ovum. Tindak balas ini membolehkan sperma menembusi ovum bagi proses persenyawaan. |
tunneling | penerowongan | Fizik | Nanoteknologi | Fenomena yang berlaku apabila zarah dapat menembusi suatu sawar keupayaan yang lebih tinggi daripada tenaga kinetiknya dan tebal sawar adalah dalam skala nanometer. Fenomena ini berlaku dalam sistem mekanik kuantum yang zarah bersifat bak gelombang dan tidak mungkin berlaku dalam sistem mekanik klasik. Fenomena ini digunakan untuk mereka bentuk peranti penerowongan elektron tunggal. |
crepuscular ray | sinaran krepuskular | Geologi | Tiada | Sinaran cahaya matahari ke arah timur yang menembusi awan-awan tebal biasanya jenis stratokumulus. |
acrosome | akrosom | Kejururawatan | Tiada | Struktur khusus di kepala sperma, yang mengandungi enzim untuk menembusi lapisan ovum dan memudahkan persenyawaan. |
permeation range | julat penelapan | Kimia | Kimia Analisis | Julat ukuran saiz atau bentuk suatu bahan yang berupaya menembusi atau melalui membran atau liang-liang bahan padatan. |
depth of penetration | kedalaman penusukan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Nilai kedalaman gelombang bunyi yang boleh menembusi ke dalam sampel bahan uji. Nilai ini berkait rapat dengan frekuensi prob. |
acute pancreatitis | pankreatitis akut | Kejururawatan | Tiada | Inflamasi akut pada pankreas yang dicirikan oleh kesakitan pada kuadran atau abdomen yang menembusi ke bahagian belakang. |
build up factor | faktor tokok | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Faktor pembesaran yang berlaku disebabkan oleh kuantiti sinaran yang menembusi media menjadi lebih besar berbanding sinaran yang dituju. Pembesaran ini berlaku disebabkan oleh proses serakan yang dialami semasa sinaran itu melalui media. Formula bagi pengecilan sinaran yang melibatkan faktor tokok ialah: I = B Ioe^μx, dengan I ialah keamatan selepas melalui bahan, Io ialah keamatan sebelum melalui bahan, μ ialah pekali pengecilan, x ialah ketebalan bahan dan B ialah faktor tokok. |
lack of penetration (LOP) | kurang penembusan (LOP) | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terbentuk disebabkan oleh kegagalan logam kimpalan untuk menembusi sambungan kimpalan. Sinonim penembusan tak lengkap. |
burn through | bakar tembus | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kesan kimpalan yang terhasil apabila suhu kimpalan terlalu tinggi dan menyebabkan logam kimpalan menembusi zon kimpalan. Imej yang terhasil kelihatan seperti bintik hitam yang dikelilingi oleh kawasan hitam keputihan di sekitarnya. Keadaan ini disebabkan oleh haba input yang berlebihan semasa kerja kimpalan dilaksanakan. |