irregular rent review | semakan tak menentu | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
urban sprawl | rebakan bandar | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Perkembangan bandar secara mendatar yang tidak menentu atau tidak terkawal. |
projective test | ujian projektif | Perubatan | Psikiatri | Ujian personaliti yang direka cipta untuk menguji tindak balas seseorang terhadap rangsangan yang tidak menentu bagi mendedahkan emosi dan konflik dalaman yang terpendam. |
psychotic symptom | simptom psikotik | Perubatan | Psikiatri | Gejala penyakit yang dapat dilihat seperti delusi, halusinasi, tingkah laku yang tidak normal atau percakapan yang tidak menentu. |
sedative | penenang/sedatif | Herba | Tiada | Herba yang memperlahankan fungsi tubuh. Penenang bertindak pada sistem saraf pusat yang memberikan kesan tenang, santai, mengurangkan kegelisahan, mengantuk, pernafasan perlahan, sebutan tidak jelas, terhuyung-hayang, lemah fikiran dan refleks tidak menentu. Pada dos tinggi, sedatif boleh menyebabkan ketidaksedaran dan kematian. Contoh herba ini ialah lengkuas, kecubung, cabai pintal, komkoma dan bidara/pedara. |
direct election | pemilihan langsung | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemilihan pemimpin yang dilakukan sendiri oleh warganegara di sesebuah negara. Proses ini dapat difahami dengan jelas melalui perbandingan pemilihan yang berlaku dalam demokrasi berparlimen dan demokrasi berpresiden. Dalam demokrasi berpresiden, rakyat yang menentu dan melakukan sendiri pemilihan Presiden, Naib Presiden dan juga ahli Kongres. Undi rakyat menentukan secara langsung calon yang bakal memegang jawatan-jawatan ini. Dalam sistem demokrasi berparlimen pula, pengundi hanya memilih wakil ke Parlimen. Rakyat tidak memilih calon yang bakal menyandang jawatan Perdana Menteri dan juga ahli kabinet. Jawatan tersebut dipilih melalui persetujuan yang dicapai secara majoriti oleh ahli Parlimen. Dalam erti kata lain, pemilihan langsung merujuk kepada proses pemilihan yang ditentukan sendiri oleh rakyat terhadap sesuatu pemilihan secara hakiki. |
pulsing zombie | zombi denyutan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Komputer zombi yang dikawal jauh oleh pengguna hasad. Komputer zombi denyutan berbeza dengan komputer zombi biasa dalam pola serangan DdoS. Zombi denyutan menghantar banjiran paket secara letusan. Contohnya, selama 10 milisaat hingga satu saat dan dalam jangka masa yang tidak menentu. Komputer zombi denyutan lebih sukar dikesan berbanding komputer zombi biasa kerana serangan adalah lambat dan hampir sama dengan tingkah laku penghantaran paket data biasa. |
statehood | taraf negara | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan atau keadaan yang melayakkan sesebuah wilayah itu diterima sebagai sebuah negeri atau negara. Wilayah yang telah memiliki pemerintah, penduduk, sempadan dan kedaulatan layak diklasifikasikan sebagai sebuah negara. Sebuah negara yang merdeka akan memiliki taraf ini. Demikian juga keadaan sebuah negeri dalam sesebuah negara persekutuan yang turut memiliki taraf negeri dalam negara tersebut. Contohnya, taraf negara Yugoslavia pada awal dekad 1990-an menjadi tidak menentu kesan daripada perpecahan yang berlaku di negara tersebut. Perpecahan ini telah melahirkan beberapa negara kecil yang telah pasti taraf negaranya seperti Bosnia-Herzegovina, Serbia-Montenegro, Croatia dan Yugoslavia. Sinonim taraf negeri. |
qi?�ah | qi?�ah | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi tradisional yang berupa gubahan puitis yang mengandungi tidak kurang daripada dua bait serangkap, dan tiada had bagi bilangan baitnya. Ada pandangan mengatakan, satu-satu qit�ah tidak boleh melebihi 12 bait, namun ada yang menyatakan baitnya boleh menjangkau 20 bait, atau melebihi 30 bait. Walau bagaimanapun qit�ah yang afdal dan penulisnya dipandang tinggi jika dia berjaya menukil kurang daripada 12 bait dan matlamat nukilannya tercapai. Antara cabang qit�ah ialah al-qasidah dan al-ghazal. Contoh qit�ah yang dicipta oleh Anvari adalah seperti yang berikut: Hark e sa�y-i bad kunad dar haqq-i khalaq Hamchu sa�y-i khish d binad jaza,; Hamchunin farmudad dar nub,; �Laysa lilk-insni illa ma-sa`�a�. Ertinya: �Sesiapa bertindak buruk kepada Tuhan sekalian makhluk, Dia kan melihat balasan buruk seperti tindakan itu, Bak kata Allah dalam al-Quran, Tiada balasan kecuali apa diusahakan!� Dalam sastera Arab, qit�ah ialah puisi yang terdiri daripada empat hingga enam bait. Dalam sastera Melayu, qit�ah ialah sejenis puisi yang panjangnya tidak menentu dan iramanya tidak teratur, isinya mengandungi pengajaran yang baik dan nasihat yang berguna. Contohnya, qit�ah yang dipetik daripada Taju�s-Salatin oleh Bukhari al-Jawhari: Jikalau kaulihat dalam tanah pada ehwal sekalian insan, Tiadalah kau dapat bedakan pada antara rakyat dan sultan, Fana juga sekalian yang ada, dengarkan yang Allah berfirman, Kullu man �alayha fan, Barang siapa yang di atas bumi itu lenyap jua. Lihat juga al-ghazal, al-qasidah. |