Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.rap.kan] | منرڤکن

Definisi : mempraktikkan, mengenakan pd, menyerapkan (memasukkan) ke dlm: gerakan koperasi sepatutnya ~ nilai-nilai dan falsafah Islam sebagai satu cara hidup serta menghayatinya; utk ~ keenam-enam aspek ini ke dlm sistem pendidikan, kita memerlukan satu penggubalan dan pen­takrifan yg menyeluruh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.rap.kan] | منرڤکن

Definisi : 1 menyebabkan sesuatu diikat atau dipasang pd; mengenakan sesuatu pd. 2 ki memanfaatkan se­suatu teori (hasil penyelidikan dsb) utk sesuatu keperluan amali; mempraktikkan: ~ pengetahuan morfologi ke dlm penyusunan kamus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terap
Kata Terbitan : menerapkan, penerapan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
socializationsosialisasiSains PolitikPolitik PerbandinganProses menerapkan nilai sosial, budaya, politik dan sebagainya kepada individu dalam sesebuah masyarakat. Sosialisasi ini berlaku secara sedar atau tidak sedar yang berjalan secara berterusan sejak seseorang itu masih kecil. Proses ini juga mendedahkan individu kepada nilai budaya masyarakatnya dan seterusnya mengamalkan budaya tersebut seperti anggota lain. Proses ini biasanya dilakukan oleh ejen sosialis seperti keluarga, rakan sebaya, sekolah, media dan tempat kerja. Contohnya, seorang ayah yang aktif berpolitik akan mendedahkan anaknya kepada aktiviti politik yang disertainya. Sinonim pemasyarakatan.
political socializationpemasyarakatan politikSains PolitikPolitik PerbandinganProses menerapkan nilai dan budaya politik sesuatu masyarakat ke dalam diri individu secara sedar atau tidak yang berjalan berterusan sejak seseorang itu kecil. Proses ini menjadikan individu itu belajar dan mengetahui amalan dan budaya politik masyarakatnya dan seterusnya mengamalkannya seperti anggota lain. Anak-anak kecil sentiasa memerhati perlakuan orang tuanya dan kemudian meniru perlakuan tersebut. Apabila membesar mereka akan bercampur dengan rakan sebaya dan melihat anggota masyarakat lain serta menyerap lebih banyak elemen budaya politik lalu mengamalkannya. Ibu-bapa, sekolah, rakan sebaya, media, kerajaan dan parti politik merupakan agen sosialisasi politik yang sangat berkesan.
boasting poempuisi degarKesusasteraanPuisiPuisi yang dibentuk dengan menerapkan bahasa dan unsur� unsur yang berlebih-lebihan untuk menyampaikan sesuatu pemikiran yang sebenarnya tidak sehebat penerapan bahasanya itu. Penampilan sedemikian bertujuan untuk menarik perhatian khalayak. Contohnya, Air didih menganak sungai
heroismkewiraan/heroismeKesusasteraanPuisiAliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela.
protein engineeringkejuruteraan proteinFizikNanoteknologiTeknik untuk mereka bentuk protein bagi penggunaan tertentu dengan menerapkan gabungan ilmu sains, matematik dan ekonomi. Protein baharu direka bentuk dengan bantuan algoritma komputer berasaskan pengetahuan struktur dan fungsi protein.
dream allegoryalegori impianKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi citra yang dimunculkan secara khayalan atau ilusi dengan menerapkan aliran kesedaran atau bawah sedar. Citra yang dilahirkan itu tidak dapat dijejaki kebenarannya. Sinonim alegori mimpi.
machine consciousnesskesedaran mesinTeknologi MaklumatTiadaPercubaan oleh individu yang mereka cipta dan menganalisis mesin bermaklumat untuk menerapkan kaedah melalui pelbagai cara bagi memahami kesedaran dan memeriksa peranan kesedaran dalam mesin bermaklumat.
heptasyllabicsaptasukuKesusasteraanPuisiTujuh suku kata dalam setiap baris yang terdapat pada sesuatu rangkap. Contohnya. baris yang menerapkan saptasuku ini dapat dilihat pada baris pertama puisi "Laut" karya J.M. Aziz ini. La/ut ber/bu/nga i/kan 2 3 2
imagismimagismeKesusasteraanPuisiAliran penciptaan yang menjadi amalan kepada penyair-penyair imagis. Salah satu konsep penciptaan yang menjadi pegangan kepada penyair-penyair beraliran imagisme ini adalah memilih dan menerapkan imej dengan tepat dalam puisi-puisi mereka.
new mythologymitologi baruKesusasteraanTiadaPenggunaan mitos dan fantasi dalam fiksyen sains. Penggunaan mitos ini tanpa mengambil kira sama ada mitos (mitologi) baru atau tidak. Untuk kesignifikanan mitos baru ini, pengarang sains fiksyen mendakwa bahawa sains fiksyen menerapkan pola-pola mitos silam dalam menstrukturkan teksnya. Pengarang sains fiksyen juga menuntut agar tema sains fiksyen yang popular dan diulang-ulang boleh dianggap sebagai mitos baru bagi sesuatu masyarakat.
12

Kembali ke atas