underwritting department | jabatan pengunderaitan | insurans | Tiada | Jabatan yang membuat pertimbangan sama ada untuk menerima, menolak atau menerima dengan bersyarat sesuatu risiko. |
aphotic zone | zon afotik | Sains Marin | Tiada | Bahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini. |
atrium | atrium | Kejururawatan | Tiada | Salah satu kebuk jantung di bahagian atas. Atrium kanan menerima darah daripada vena kava superior dan inferior, manakala atrium kiri menerima darah daripada vena pulmonari. |
corporate corruption | rasuah korporat | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan memberi atau menerima rasuah oleh badan korporat seperti entiti perniagaan atau individu yang mewakili organisasi tersebut. Contohnya, pengurus syarikat yang menerima habuan daripada individu tertentu, bertujuan untuk mendapatkan manfaat atau kepentingan secara tidak adil. |
cash refund annuity | anuiti bayar balik tunai | insurans | Tiada | Anuiti yang jika anuitan mati sebelum menerima jumlah bayaran anuiti yang bersamaan dengan premium yang telah dibayar, maka warisnya akan menerima sebarang perbezaan tersebut dalam bentuk tunai semasa kematian anuitan. |
negative capability | kemampuan negatif | Kesusasteraan | Tiada | Kemampuan penyair untuk menenggelamkan identitinya sebagai seorang intelektual dan menerima ketidakpastian, misteri dan keraguan untuk mencapai kebenaran dan keindahan. Kemampuan inilah yang menghasilkan objektiviti penulis, iaitu sikap bersedia menerima segala-galanya dalam keadaan kesedaran yang tinggi. Dengan cara ini, penyair dapat melupakan personaliti peribadinya dan memasuki alam psiko individu atau masyarakat lain melalui proses empati. Istilah ini mula digunakan oleh penyair Inggeris, John Keats yang tidak bersetuju dengan sifat �wordsworthian or egotistical sublime� yang terlampau meletakkan ego penyair di tempat utama dalam proses penciptaan karya sastera. |
merchant bank | bank saudagar | Ekonomi | Tiada | Bank yang fungsi utamanya mengendalikan pembiayaan urus niaga antara saudagar atau syarikat, terutamanya urus niaga antarabangsa. Kegiatan utamanya adalah menerima dan menjelaskan bil-bil pertukaran. Bank saudagar tidak menerima deposit akaun semasa daripada orang ramai. |
polyandry | poliandri | Penternakan | Genetik dan Pembiakbakaan | Salah satu jenis sistem mengawan yang melibatkan seekor haiwan betina dipasangkan dengan banyak ekor haiwan jantan. Dalam poliandri, haiwan jantan akan menerima telur daripada haiwan betina dan menjaganya sehingga dilahirkan. Contohnya, kuda laut jantan akan menerima telur daripada kuda laut betina, mensenyawakan, melindungi dalam kantung, melahirkan dan menjaga anak. |
conservative | konservatif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemikiran, individu, kelompok atau organisasi yang berpegang kepada tradisi dan sukar menerima perubahan. Pendirian ini berusaha mengekalkan sesuatu sebagaimana yang tersedia ada. Pemikiran sebegini disebut sebagai konservatisme, sementara mereka yang mengamalkannya digelar sebagai golongan konservatif. Gerakan politik golongan konservatif mula muncul semenjak abad ke-18 di Eropah sebagai reaksi intelektual terhadap golongan radikal yang berkembang kesan daripada Revolusi Perancis. Dari sudut sosiologi, golongan ini berasal daripada keturunan tuan tanah. Kelompok ini telah berkembang dan mengalami beberapa perubahan struktural dimensi dan persepsi terhadap sesuatu fenomena seperti tidak lagi menolak perubahan secara total tetapi menerima perubahan secara evolusi. Dalam perkembangan politik moden, golongan ini telah muncul sebagai satu kuasa politik yang kuat khususnya di Eropah seperti Parti Kristian Demokrat di Jerman, aliran pemikiran Gaullism di Perancis dan juga Parti Konservatif di Great Britain. |
decode | nyahkod | Sains Kesihatan | Tiada | Menerima dan menterjemahkan bunyi, ayat atau perkataan kepada makna yang sepatutnya. |