aphotic zone | zon afotik | Sains Marin | Tiada | Bahagian atau zon kedalaman lautan yang tidak menerima cahaya matahari langsung, atau hanya menerima sedikit cahaya (< 1%). Zon afotik berada di bawah dari zon fotik dan mengunjur ke bawah sehingga ke dasar lautan. Disebabkan ketiadaan cahaya, bioluminasi adalah satu-satunya sumber cahaya yang ada, dan digunakan oleh sebahagian organisma untuk mencari makanan, sebagai perlindungan dan untuk berinteraksi sesama spesies. Organisma yang agak pelik dan unik seperti sotong gergasi, isopod gergasi, ikan pemancing (Angler fish) sotong vampir dan sebagainya mendiami zon ini. |
catchment area | kawasan tadahan | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | (1) Kawasan petempatan yang menerima satu-satu jenis perkhidmatan daripada sesuatu institusi seperti pusat perniagaan, perkhidmatan sosial seperti kesihatan, pelajaran, dan pejabat pos. (2) Satu kawasan yang termasuk dalam kawasan pengaruh sesuatu petempatan bandar. |
atomistic economy, small economy | ekonomi kecil | Ekonomi | Tiada | 1.Ekonomi yang mengandungi rasmi pengeluar kecil yang bersaing dalam industri pengeluar yang terlalu kecil dan tidak dapat mempengaruhi harga pasaran. Pengeluar terpaksa menerima harga pasaran dan menyelaraskan keluaran mengikut harga tersebut. Ekonomi seperti ini menghampiri model persaingan sempurna. 2. Dalam perdagangan antarabangsa, istilah ini bermaksud sebuah negara yang tidak dapat mempengaruhi harga barang eksport dan import. |
risk premium insurance | insurans premium risiko | insurans | Tiada | 1. Insurans hayat sementara yang boleh dibaharui setiap tahun tanpa bukti boleh insurans sehingga peringkat umur yang ditetapkan. 2. Reinsurans hayat atau kesihatan yang reinsurans hanya menerima risiko kemortalan yang dikira berdasarkan nilai muka reinsurans ditolak rizab akhir tempoh. |
focal spot size | saiz titik fokus | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Kawasan yang terdapat pada permukaan sasaran anod yang menerima alur elektron daripada filamen katod. Saiz titik fokus menentukan ketajaman imej radiograf pada filem. Semakin kecil saiz titik ini, semakin tajam imej diperoleh. Julat saiz titik fokus adalah dari 0.1 mm hingga 3 mm. Sinonim titik fokus, titik fokus terma. |