Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.bai.kan] | مڠابايکن

Definisi : 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd (seseorang atau sesuatu), tidak mengendahkan, mencuaikan, melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tang­gungjawab; 2. memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau meng­endah­kan, menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu kesempatan, kemudahan yg disedia­kan, dll), membiarkan atau melepaskan, men­sia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu kau­abaikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.bai.kan] | مڠابايکن

Definisi : 1 tidak mengambil berat terhadap tugas, nasihat dsb; melalaikan; mencuaikan: Kerana selalu ~ pelajaran, ia telah gagal dlm peperiksaan. 2 menganggap tidak penting; tidak mempedulikan: Kerana menganggap dirinya sudah cukup pandai, ia ~ nasihat orang-orang yg lebih berpengalaman drpdnya. terabai tidak dipedulikan; disia-siakan; terbiar. pengabaian perbuatan atau hal mengabaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengabaikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
to neglectmengabaikanFizikTiadaTiada
tafritkecuaianPerniagaan IslamTiadaPerihal mengabaikan tugas atau leka ketika melaksanakan kerja. Contohnya, kerani bank tersalah kredit akaun pelanggan, pemegang amanah telah menyalahgunakan harta atau lori yang membawa muatan melebihi had yang dibenarkan.
phubbinglekafonTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaAmalan mengabaikan teman atau sahabat dengan memberikan perhatian kepada telefon atau peranti mudah alih yang lain.
aesthetic attitudesikap estetikKesusasteraanTiada1. Pekerjaan yang mengabaikan kepada pembelajaran keindahan semula jadi, mengenai pentafsiran, kritikan, penghayatan serta teori penggunaannya.
cheat daycuti dietKesihatanTiadaHari yang tidak menjalankan aktiviti diet dengan mengabaikan sekatan ke atas jumlah atau jenis makanan yang dimakan.
mean equator and equinoxmin khatulistiwa dan ekuinoksMatematikTiadaSistem rujukan yang ditentukan dengan mengabaikan kelainan kecil kala singkat gerak khatulistiwa samawi, yang hanya dipengaruhi oleh liukan.
superficial velocityhalaju permukaanKejuruteraanTiadaKadar alir dalam sesuatu saluran berdasarkan keratan rentas keseluruhan dengan mengabaikan kesan halangan dalam saluran tersebut.
rigid body analysisanalisis jasad tegarMekanikGunaanAnalisis yang memerihalkan gerakan keseluruhan bagi jasad dengan mengabaikan sebarang perubahbentukan atau gerakan zarah pada jasad itu. Mekanik gunaan terlibat dengan analisis jasad tegar semata-mata.
dysfunctional familykeluarga disfungsiGerontologiTiadaKeluarga yang tidak memainkan peranan seperti yang diharapkan oleh masyarakat. Contohnya, mengabaikan tanggungjawab terhadap anak, keluarga dan masyarakat.
anti-playantidramaKesusasteraanTiadaKarya drama yang mengetepikan konvensi tradisional, dan secara sengaja mengherot-herotkan bentuknya dengan mengabaikan plot yang nyata dan perkembangan watak. Biasanya dialog dalam antidrama tidak berurutan dan menyukarkan pemahaman maknanya Sesetengah dramatis telah menggunakan teknik antidrama ini, contohnya dramatis Theatre of the Absurd seperti Samuel Beckett dan Eugene Lonesco yang menghasilkan karya berjudul Rhinoceros. Antara dramatis di Malaysia yang menggunakan teknik ini ialah Dinsman dalam dramanya Ana dan Bukan Bunuh Diri.
123

Kembali ke atas