paedophilia | pedofilia | Perubatan | Psikiatri | Keinginan untuk mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak. |
balai puisi | balai puisi | Kesusasteraan | Puisi | Tempat mengadakan sesuatu aktiviti yang berhubung dengan dunia puisi. |
hartal | hartal | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan melumpuhkan semua aktiviti kerja seperti mengadakan mogok oleh pekerja perusahaan atau kakitangan kerajaan, menutup kedai oleh pemiliknya, ponteng sekolah atau universiti oleh pelajar dan pemberhentian semua transaksi pemiagaan seperti bank, saham, insurans dan sebagainya. Dengan tindakan ini, industri dan pengeluaran negara menjadi lumpuh serta memberi implikasi bahawa kerajaan yang sedang memerintah tidak mendapat sokongan dan didesak untuk meletakkan jawatan. Tindakan ini biasanya dilakukan di Asia Selatan terutama di India, Sri Lanka dan Bangladesh. Contohnya, tindakan melumpuhkan pentadbiran British oleh gerakan menuntut kemerdekaan India di bawah pimpinan Mahatma Gandhi. |
group planner | perancang kumpulan | Pelancongan | Tiada | Individu yang mengatur dan menyusun untuk mengadakan rombongan lawatan. |
closed door policy | dasar pintu tertutup | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dasar sesebuah negara yang tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara lain. Dasar ini diamalkan bertujuan untuk menghalang sebarang kemasukan pengaruh luar ke dalam negara tersebut bagi melindungi kepentingan pihak yang berkuasa. Pada masa kini, ia lebih difahami sebagai dasar penutupan hubungan perdagangan dan kemasukan modal asing serta hubungan sosial antara negara tersebut dengan negara luar. Kemasukan modal asing dan juga nilai nilai sosial luar dilihat sebagai satu ancaman terhadap statua quopemerintah dan perkembangan politik dalaman. Negara yang mengamalkan dasar ini biasanya akan menjelaskan kepada masyarakat bahawa negara itu sudah kaya dan kuat serta tidak memerlukan hubungan luar. Contohnya, negara Albania semasa pemerintahan rejim komunis dan negara China semasa pemerintahan Mao Tze Tung. |
web conference | sidang web | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dalam talian berasaskan web yang membolehkan pengguna mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Sidang web juga membolehkan perkongsian skrin komputer, aplikasi atau kandungan berasaskan web dalam masa nyata antara dua atau lebih komputer atau peranti mudah alih. Fungsian tambahan sidang web juga membenarkan capaian jauh komputer, berbalas mesej, bertukar fail, berhubung menerusi papan putih digital, serta bersiaran secara langsung kepada penonton pasif. Contohnya, WebEx, GoToMeeting, Zoom, Skype dan MultiPeople. Lihat juga telesidang, telesidang video. |
referendum initiative | inisiatif referendum | Sains Politik | Politik Perbandingan | Usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa atau pihak bebas untuk mengadakan satu referendum bagi menetapkan sesuatu keputusan. Inisiatif ini boleh bersifat gesaan, menyerah surat, memo kepada pihak berkenaan, melobi di dewan perundangan atau di peringkat antarabangsa. Melalui referendum yang dilaksanakan, golongan yang mengambil inisiatif ini mengharapkan keputusan yang dibuat akan menguntungkan mereka. Contohnya, pemimpin pertubuhan Gerakan Acheh Merdeka telah membuat inisiatif referendum supaya usaha diadakan bagi memutuskan kedudukan wilayah tersebut dalam negara Indonesia. |
Town and Country Planning Act | Akta Perancangan Bandar dan Desa | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Undang-undang bertulis bagi mengadakan kawalan dan peraturan yang sempurna bagi perancangan bandar dan desa dalam kawasan pihak berkuasa perancang tem- patan. |
income policy | dasar pendapatan | Ekonomi | Tiada | Dasar kerajaan untuk mengawal keadaan ekonomi, terutama inflasi melalui kawalan langsung ke atas harga dan mengadakan garis panduan kenaikan upah mengikut kadar daya pengeluaran pekerja. Ini bererti, kenaikan upah pekerja dibenarkan apabila daya pengeluaran pekerja bertambah. Dengan cara ini, masalah inflasi tolakan kos dapat dibendung. |
teleconferencing | telesidang | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pertemuan dua hala yang interaktif dan dinamik antara individu secara serentak di beberapa lokasi menerusi medium telekomunikasi yang membolehkan mereka mengadakan perbincangan, mesyuarat, seminar perniagaan, latihan jarak jauh, pembentangan persembahan, sesi pembelajaran atau aktiviti sokongan pelanggan. Terdapat pelbagai jenis media telesidang seperti audio, audiografik, komputer, web, video dan televisyen. Telesidang sering digunakan dalam pendidikan jarak jauh. |