unconditional surrender | penyerahan tanpa syarat | Sains Politik | Politik Perbandingan | Mengaku kalah secara sukarela tanpa memberi sebarang syarat yang perlu dipatuhi. Penyerahan dalam peperangan atau sebarang konflik boleh dibuat secara bersyarat atau tidak bersyarat. Penyerahan tanpa syarat membawa maksud tidak ada sebarang tuntutan disertakan dengan penyerahan tersebut. Penyerahan bersyarat pula membawa maksud penyerahan itu disertai dengan tuntutan seperti tidak dipenjara, tidak perlu membayar pampasan atau tidak mahu dihebohkan. Contohnya, Jepun menyerah tanpa syarat setelah bom atom digugurkan di Hiroshima dan Nagasaki. |