Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.lir.kan] | مڠاليرکن

Definisi : 1. menyebabkan (menjadi­kan) mengalir, menyalurkan (air dll) ke: maksud bendungan ini ialah utk ~ air ke sawah; pertempuran yg ~ darah; 2. menye­babkan bergerak (di air), menghanyutkan: ~ rakit; 3. menyalurkan (cita-cita, kegiatan, dsb), mengarahkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.lir.kan] | مڠاليرکن

Definisi : 1 membuat supaya mengalir; menyalurkan sesuatu: Apakah ikhtiar kita hendak ~ air sungai ini ke sawah? 2 menggerakkan (tenaga elektrik) melalui kawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengalirkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breathing circuitlitar pernafasanPerubatanTiadaTiub panjang yang digunakan untuk mengalirkan gas atau agen anestetik meruap kepada pesakit. Litar ini terdiri daripada dua tiub panjang yang disambungkan ke mesin anestesia. Satu tiub digunakan untuk mengalirkan gas dari mesin anestesia kepada pesakit dan satu tiub lagi untuk mengalirkan gas daripada pesakit ke mesin anestesia. Litar pernafasan yang biasa digunakan semasa pemberian anestesia umum dinamakan litar bulatan.
arteryarteriPerubatanTiadaSaluran yang mengalirkan darah dari arah jantung ke semua bahagian tubuh. Saluran ini lazimnya mengalirkan darah teroksigen, kecuali arteri pulmonari. Dinding saluran ini terdiri daripada lapisan luar (tunika adventitia), lapisan tengah (tunika media) dan lapisan dalam (tunika intima). Misalnya, arteri pulmonari. Lihat juga aorta, arteriol, kapilari.
conductancekonduksianKimiaTiadaKemampuan sesuatu konduktor mengalirkan arus elektrik. Konduksian bagi konduktor arus terus merupakan salingan kerintangan. Untuk litar yang mengalirkan arus ulang-alik, konduksiannya merupakan kerintangan dibahagikan dengan impedans kuasa dua. unit SI bagi konduksian, G, ialah siemens.
urethrauretraBiologiHistologi dan SitologiDuktus yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing ke luar dan pada lelaki, juga mengalirkan semen. Duktus pada haiwan jantan terbahagi dua, iaitu duktus di bahagian pelvis dan duktus di bahagian zakar.
Marsh funnel vicositykelikatan corong MarshKejuruteraanPetroleumKelikatan yang diukur dengan cara mengalirkan sesuatu jenis cecair melalui corong Marsh. Ia menyatakan masa yang diambil, dalam saat, untuk mengalirkan satu qt (946 ml) cecair tersebut melalui corong Marsh. Ia juga dikenali sebagai kelikatan corong.
neuronneuronPerubatanTiadaSel saraf yang terdiri daripada jasad sel yang mengandungi nukleus dan cuaran sitoplasma, akson dan dendrit. Neuron terdiri daripada tiga jenis, iaitu neuron motor, neuron deria dan neuron pengantara. Neuron motor mengalirkan impuls dari sistem saraf pusat ke otot; neuron deria mengalirkan impuls dari organ deria ke sistem saraf pusat; dan neuron pengantara mengalirkan impuls di antara neuron deria dengan neuron motor.
linetalianKejuruteraanPetroleum1) Paip (sebarang ukuran) panjang yang melaluinya cecair dan/atau gas mengalir. Biasanya digunakan untuk mengalirkan cecair dan/atau gas dari suatu tempat ke tempat yang lain. 2) Tali atau tambang yang diperbuat daripada serabut atau dawai. 3) Dawai elektrik yang digunakan untuk mengalirkan arus elektrik.
coaxial circuitlitar sepaksiPerubatanTiadaLitar anestesia yang mempunyai dua tiub bergabung dalam satu paksi, iaitu satu tiub terletak di bahagian dalam dan satu lagi di bahagian luar. Tiub bahagian dalam mengalirkan aliran gas segar dari mesin anestesia kepada pesakit. Manakala tiub di bahagian luar mengalirkan gas ekspirasi daripada pesakit ke sistem penghapus sisa. Contohnya, litar Bain.
conductivitykeberaliran /kekonduksianPerubatanTiadaKeupayaan mengalirkan atau memindahkan gelombang bunyi, cahaya, impuls saraf dan elektrik.
centesissentesisPerubatanTiadaMenebuk dan mengalirkan bendalir keluar.
12345678910...

Kembali ke atas