Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.Öa.mal.kan]/[me.nga.mal.kan] | مڠعملکن

Definisi : 1. melaksanakan, mem­prak­tik­kan, melakukan (sbg suatu kebiasaan): pemuda itu ~ falsafah hidup baharu; ~ segala yg telah dipelajari; kerajaan Malaysia ~ sistem demokrasi berparlimen; 2. membiasa­kan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan): ~ bangun pagi-pagi dan bersenam; ~ makan buah-buahan tem­pat­­an; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.Öa.mal.kan]/[me.nga.mal.kan] | مڠعملکن

Definisi : membiasakan diri melakukan sesuatu (sehingga menjadi tabiat atau kebiasaan); melakukan sesuatu yg dipelajari (diajarkan, dipercayai dll); mempraktikkan: Kerajaan Malaysia ~ dasar demokrasi. Jika saudara ~ senaman ini, insya-Allah saudara akan berasa segar dan sihat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengamalkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
decentralizationpemencaranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pentadbiran kerajaan yang mengamalkan kaedah pembahagian kuasa antara pentadbiran pusat, negeri dan daerah. Sistem ini mengamalkan konsep pemberian autonomi dalam hal-hal tertentu oleh pentadbiran pusat kepada peringkat yang lebih bawah. Penurunan autonomi ini dibuat untuk melicinkan pentadbiran supaya lebih kemas dan cekap. Kaedah penyahpusatan ini bukan sahaja wujud di peringkat antara kerajaan tetapi sudah menular ke peringkat pentadbiran organisasi atau birokrasi. Sebagaimana di peringkat kerajaan, penyahpusatan di peringkat birokrasi juga bertujuan melicinkan dan menambahkan kecekapan sistem pentadbiran. Melalui penyahpusatan, jabatan atau bahagian dapat membuat keputusan yang terbaik tanpa perlu merujuk kepada bahagian yang lebih tinggi dan ini sekali gus dapat mengurangkan karenah birokrasi. Contohnya, sistem pentadbiran awam di Malaysia yang mengamalkan pemencaran dalam amalan birokrasi. Sinonim penyahpusatan.
health seeking actionikhtiar kesihatanKejururawatanTiadaTindakan individu yang mengamalkan cara hidup yang sihat untuk mencapai kualiti hidup yang optimum. Contoh, pemakanan yang seimbang dan mengamalkan senaman secara teratur.
quasi-federationsepara persekutuanSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang mengamalkan sistem persekutuan yang bersifat separa. Negara ini memiliki ciri-ciri asas persekutuan, namun praktiknya tidak sepenuhnya mengamalkan sistem persekutuan tersebut. Dalam sistem ini, kerajaan pusat sering memiliki kuasa yang tinggi atau bersifat terpusat sementara kerajaan negeri tidak memiliki autonomi yang sewajarnya. Contohnya, India dan Malaysia merupakan negara yang bersifat separa persekutuan.
autocracyautokrasiSains PolitikPolitik PerbandinganBentuk sistem pemerintahan yang dikuasai oleh seseorang individu secara mutlak. Dalam negara yaug mengamalkan sistem ini, individu yang berkuasa mempunyai kuasa penuh dalam setiap aspek pemerintahan seperti menguasai bidang eksekutif, legislatif dan kehakiman. Setiap perkataan atau tindakan individu yang berkuasa tersebut dilihat sebagai tindakan negara dan perlu dipatuhi serta diikuti oleh setiap rakyat. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Perancis semasa pemerintahan Raja Louis ke-14, yang pernah menyebut "sayalah negara".
barterbarterEkonomiTiadaSistem ekonomi yang mengamalkan urus niaga pertukaran barang dengan barang tanpa menggunakan wang. Sistem ini telah diamalkan pada zaman manusia belum lagi mencipta wang.
green touristpelancong hijauPelanconganTiadaPengunjung yang mengamalkan sikap yang baik terhadap alam sekitar seperti tidak menukar tuala mandi dengan kerap apabila menginap di hotel.
practice patterncorak amalanSains KesihatanTiadaPerubahan dalam mengamalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berdasarkan mazhab pengajaran masing-masing.
practice trendaliran amalanSains KesihatanTiadaPerubahan dalam mengamalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran berdasarkan perubahan semasa.
welfare statenegara kebajikanSains PolitikPolitik PerbandinganNegara yang mengamalkan satu sistem kebajikan untuk semua rakyat. Konsep penting dalam negara ini ialah kerajaan atau pemerintah bertanggungjawab untuk memelihara kebajikan rakyat dan memastikan rakyat negaranya hidup dalam keadaan yang selesa. Negara kebajikan ini memberi pelbagai jenis kemudahan seperti pendidikan dan perkhidmatan hospital yang percuma. Di samping itu, negara ini turut memberi pelbagai bentuk konsesi lain seperti elaun kepada penganggur, cuti bersalin yang panjang, elaun untuk warga emas, layanan istimewa untuk orang cacat dan potongan rendah untuk bayaran pengangkutan dan sewa rumah perbadanan kerajaan. Walau bagaimanapun untuk membiaya semua kos perkhidmatan ini, negara kebajikan mengenakan cukai pendapatan yang tinggi khususnya kepada golongan berpendapatan tinggi serta mengenakan cukai lain kepada sektor perniagaan. Sektor swasta pula perlu melaksanakan dasar kebajikan seperti yang dilaksanakan oleh sektor awam. Contoh negara kebajikan yang masih aktif ialah Great Britain, Netherland, Sweden, Norway, Denmark dan Finland.
proprietor pharmacistahli farmasi persendirianSains KesihatanTiadaAhli farmasi yang mengamalkan bidang profesionnya secara bebas.
1234567

Kembali ke atas