monodrama | monodrama | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Drama ini boleh dianggap suatu monolog dramatik. Dalam monodrama, seorang pelakon boleh mengambil semua peranan dalam persembahan, iaitu beraksi, mengucapkan semua dialog dan menyanyi. Monodrama dikenali juga sebagai lakonan solo. Contoh monodrama daripada teater tradisional ialah Dalang Wayang Kulit, Tok Selampit dan Awang Belanga (Batil). Contoh lain ialah Emily of Emerald Hill oleh Stella Kon. Lihat juga monolog dramatik. |
common injection system | sistem suntikan bersama | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Suntikan bahan api ke dalam udara yang mengalir dari pe- napis udara sebelum memasuki pancarongga pengambilan. Aliran yang mengandungi campuran udara-bahan api ini akan diagihkan oleh pancarongga pengambilan ke setiap silinder. Sistem ini mengambil alih peranan karburetor dan bertujuan untuk menambah baik percampuran udara-bahan api sebelum dibakar dalam kebuk pembakaran. Sinonim sistem pancitan bersama, suntikan berkumpulan. Banding suntikan liang. |
crankcase ventilation | pengalihudaraan kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan. |