action theory | teori tindakan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Teori yang menganalisis tingkah laku atau tindakan seseorang aktor politik. Teori ini bermula dengan menganalisis matlamat, harapan, nilai dan kaedah yang digunakan untuk mencapai matlamat tersebut dan juga tahap pengetahuan aktor terhadap situasi tindakan yang telah diambil. Teori ini telah diperkenalkan oleh Max Weber dan kemudiannya dikembangkan oleh Talcott Parsons dalam kajian beliau berhubung dengan pencapaian sesebuah organisasi. |
clinical decision support system (CDSS) | sistem sokongan keputusan klinikal (CDSS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang dapat menganalisis data untuk membantu pengamal perubatan membuat sesuatu keputusan klinikal. CDSS merupakan adaptasi daripada sistem pembuat keputusan yang sering digunakan untuk menyokong pengurusan perniagaan. Pengamal perubatan menggunakan sistem ini untuk menganalisis dan menyediakan ulasan diagnosis sebagai satu cara menambah baik keputusan akhir rawatan. Analisis yang dibuat dapat meramal kejadian yang akan terjadi meliputi kesan ubat sehingga ke simptom penyakit. |
psychoanalytic criticism | kritikan psikoanalitik | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menganalisis perkaitan antara penulis dengan karyanya. Kritikan tertumpu pada watak yang dicipta, bahasa, dan imej yang digunakan oleh pengarang. Kaedah kritikan sastera ini dipengaruhi oleh pandangan ahli psikologi terkenal, iaitu Sigmund Freud dan Carl Jung. Kaedah ini menganggap karya sastera sebagai suatu ekspresi bawah sedar yang terhasil melalui psiki individu (penulis) atau koleksi bawah sedar manusia. Di samping itu, pengalaman dan respons pembaca juga diambil kira dalam mengaplikasikan kritikan psikoanalitik, dan fokur analis terhadap psiki pembaca tersebut. Sigmund Freud (1856 � 939) mengaplikasikan prinsip dalam bidang psikoanalisis dan menggunakannya untuk menulis esei penganalisisan watak dalam sastera. Menurut beliau, teks sastera seumpama mimpi dan cara yang digunakan untuk menganalisis teks sastera tersebut. Mimpi berfungsi sebagai salah satu cara menunaikan hasrat bawah sedar tertekan seorang individu. Hasrat ini dikekang atau dikawal oleh �sensor� (penapis) dalam minda manusia, dan sensor ini dibentuk oleh norma sosial. Eseinya yang paling terkenal ialah The Interpretation of Dreams (1900), membincangkan watak Oedipus dalam drama Yunani purba oleh Sophocles dan watak Hamlet dalam drama Shakespeare. Teori ego psikologi yang dimajukan oleh Norman Hollang dalam karyanya berjudul The Dyanamics of Literary Response (1968) dan Five Readers Reading (1975) dikaitkan dengan psikologi pembaca. Beliau menggunakannya untuk menilai perhubungan antara pembaca dengan teks. Kajian Jacques Lacan mengenai bahasa dan hubungannya dengan perasaan subsedar (subconscious) seorang pembaca dalam karyanya berjudul Ecrits (1977) dan The Four Fundamental Concepts of Psycho-Analysia (1977), memberikan interpretasi baharu kepada pendapat Freud mengenai teori wacana struktural dan pascastruktural. Teori dan psikologi Carl Jung mengenai koleksi bawah sedar dan tipa induk turut mempengruhi perkembangan kritikan dalam teori psikoanalitik. Kritikan ini turut dikenali sebagai kritikan Freud atau kritikan psikoanalitik tradisional. |
historical criticism | kritikan historis | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah menganalisis teks dengan melihat sesebuah karya sastera dalam konteks zaman penulisannya. Kaedah ini menstrukturkan kembali iklim pemikiran, ideologi, sistem nilai serta konvensi sosial dan sastera yang menjadi konteks penulis. Kaedah ini bertujuan memungkinkan karya pelbagai zaman menjadi lebih mudah dicapai oleh pembaca moden yang kelak akan lebih menghayati karya tersebut. Tujuan lain adalah untuk melihat karya sebagai artifak sejarah yang mencermintkan ciri-ciri zamannya. Lihat juga historisisme baru. |
marginal analysis | analisis sut | Ekonomi | Tiada | Kaedah menganalisis kesan perubahan kecil pemboleh ubah ekonomi. Misalnya, analisis sut dalam teori firma membincangkan kesan tambahan satu unit output terhadap tambahan dalam jumlah kos dan jumlah hasil. Mengikut analisis sut, keseimbangan firma dicapai apabila tambahan dalam jumlah kos sama dengan tambahan dalam jumlah hasil yang diakibatkan oleh pertambahan satu unit output. Tambahan dalam jumlah kos disebut kos sut, dan tambahan dalam jumlah hasil disebut hasil sut. Analisis sut juga digunakan teori firma, teori agihan sumber, teori penentuan keseimbangan pasaran dan teori keseimbangan umum ekonomi. Sinonim analisis marginal. |
gynocriticism | ginokritik | Kesusasteraan | Tiada | Teori kritikan untuk menganalisis karya tentang wanita yang ditulis oleh wanita dari perspektif wanita. |
rich interpretation | tafsiran luas | Sains Kesihatan | Tiada | Proses menganalisis ujaran kanak-kanak dengan mengambil kira aspek linguistik dan bukan linguistik. |
thermooptometry | termooptometri | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk menganalisis sifat/ciri-ciri optik bahan/sampel. |
moral criticism | kritikan moral | Kesusasteraan | Tiada | Kaedah kritikan yang menganalisis dan menilai karya sastera (semua genre) berasaskan kriteria pengajaran moral. Meingkut tradisi, dalam kebanyakan genre, puisi dikatakan dapat memberikan inspirasi kepada seseorang individu untuk berakhlak mulia dengan menggambarkan keindahan sifat yang baik. Contohnya, M.N.Virgil menganggap genre epik sebagai pengajaran yang berpotensi untuk membentuk moral dan etika. Pandangan ini bertentangan dengan pandangan mereka yang berpegang kepada kriteria estetik yang lebih mengutamakan aspek keindahan. Lihat juga kritikan, kritikan Plato. |
agricultural economics | ekonomi pertanian | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menganalisis sektor pertanian terutamanya dalam aspek pengeluaran, pemasaran, penggunaan, dasar, perancangan, pembiayaan, bahan makanan, dan pembangunan pertanian. |