Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.cam] | مڠنچم

Definisi : 1. menakut-nakuti dgn jalan menyatakan hendak melakukan sesuatu yg membahayakan (menyusahkan, merugi­kan, dsb), mengugut: orang itu ~ hendak membunuh lawannya; 2. meletakkan (me­nye­babkan berada) dlm keadaan akan meng­alami atau ditimpa bahaya (kesusahan dsb), membahayakan: penduduk Bali sudah bebe­rapa kali diancam oleh letusan Gunung Agung; kejadian itu telah ~ kehidupan petani-petani; 3. bp kata yg mengandungi konotasi cantik dan menarik bagi seseorang atau sesuatu (spt gadis, muzik, bunga, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.cam] | مڠنچم

Definisi : 1 menakut-nakutkan dgn mengadakan sesuatu yg dpt membahayakan atau menyusahkan; mengugut; menggertak: Penjahat itu ~ hendak membunuh anaknya jika ia enggan menyerahkan barang kemasnya. 2 mendatangkan bahaya kpd; membahayakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengancam

Peribahasa

Laksana lembu dogol (= dungkul),
     tak boleh ditanduk hanya (= cuma) disondol.

Bermaksud :

Orang yang suka menggertak (mengancam) tetapi tidak berbahaya. dogol = tidak bertanduk.

 

Lihat selanjutnya...(3)

20

A barking dog never bites

Orang yang menengking-nengking marah lazimnya tidaklah sampai mengambil tindakan atau mendatangkan kecederaan. Oleh itu kita tidak perlu takut padanya.

Lembu sondol, lembu dongkol

"I thought you were seriously beaten up by that burly man. I was really scared when he started shouting and threatening you. The whole block could hear him," I said. "A barking dog never bites, and this was not the first time," replied Ali calmly.

"Aku ingatkan kau teruk dibelasah oleh lelaki sasa itu. Aku takut betul apabila dia menjerit-jerit dan mengancam-ancam kau. Seluruh blok bangunan ini boleh mendengar suaranya," kataku. " Lembu sondol, lembu dongkol ," jawab Ali dengan tenang.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(12)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
menacing elementunsur mengancamSejarahTiadaTiada
prohibited actiontindakan cegahSukanTiadaTindakan mengancam keselamatan yang tidak dibenarkan.
bedrohlich (G)bedrohlichKesenianTiadaMud persembahan yang mengancam dan cemas.
crisiskrisisSejarahTiadaKeadaan berbahaya atau genting yang mengancam keamanan atau ketenteraman.
measure of intimidationlangkah intimidasiUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan mengancam, menahan, menggunakan keganasan atau menyebabkan kecederaan terhadap sesuatu pihak. Tindakan ini termasuk juga perbuatan mengugut yang boleh menyebabkan hukuman, kerosakan atau kerugian. Contohnya, langkah intimidasi yang dilakukan terhadap pengganas. Sejak tahun 1963, masyarakat antarabangsa telah mempunyai pelbagai instrumen undang-undang yang bersifat universal untuk menghalang perbuatan pengganas. Instrumen undang-undang atau triti ini adalah untuk menerangkan bahawa perbuatan seperti menggunakan pesawat awam sebagai senjata, dan menggunakan bahan-bahan yang berbahaya untuk menyerang pesawat atau sasaran lain di atas tanah merupakan satu jenayah. Begitu juga dengan perbuatan yang melibatkan penggunaan pengangkutan yang menyalahi undang-undang biologi, kimia dan senjata nuklear dan bahan yang berkaitan adalah satu jenayah dan boleh dihukum.
mortalitymortalitiPendidikanTiadaKekurangan subjek yang dialami dalam kumpulan kajian yang akan mengancam keesahan dalaman penyelidikan.
urban sprawlperebakan bandarLandskapTiadaPerkembangan ban dar secara mendatar, berselerak dan tidak terkawal serta mengancam kawasan luar bandar.
grave crimejenayah besarUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan kejam yang melampaui sifat kemanusiaan, dan mengancam keamanan, keselamatan dan kesejahteraan dunia. Istilah ini digunakan dalam Mukadimah Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
moderate sealaut ombak sederhanaGeografiTiadaPerihal sifat gelombang yang tidak terlalu besar atau tinggi untuk mengancam nelayan atau pelayaran.
breach of the peacepecah keamananUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan menggunakan kekerasan atau senjata sehingga mengancam kedamaian antarabangsa. Sekiranya Majlis Keselamatan PBB menentukan bahawa pecah keamanan berlaku, Majlis Keselamatan boleh menggunakan kuasanya di bawah Bab VII Piagam PBB untuk mengambil tindakan bagi memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
1234

Kembali ke atas