Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1. menggerakkan ke atas, menaikkan, meninggikan: ia ~ panggang dr api; beberapa orang murid ~ tangan utk menjawab soalan guru; 2. membawa pergi atau membawa dr satu tempat ke tempat lain: diangkatnya barang itu ketika ia berangkat tadi; ~ beg-beg masuk ke dlm kereta; 3. melantik, menaikkan (kedudukan, taraf, pangkat): hendak ~nya menjadi pengerusi; peristiwa dan tindakan penting yg ~ taraf bahasa Melayu menjadi bahasa kebang­saan; 4. (mulai) melakukan (menyatakan dll): ~ sumpah; 5. mengambil sbg, mengakui sbg (anak dll): ia telah diangkat anak oleh penghulu; 6. Id menangkap dan membawa pergi: semalam ia diangkat oleh polis; 7. ki memuji (kerana hendak menyukakan hati): pandailah kau ~ dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngang.kat] | مڠڠکت

Definisi : 1 menggerakkan ke atas; membawa ke atas; menaikkan: Badang telah ~ batu itu lalu melontarkannya sampai ke seberang. 2 mengambil (sbg); mengakui (sbg): Datuk Penghulu itu telah ~ dia sbg anak. 3 menentukan orang yg akan memegang sesuatu jawatan dsb; melantik: Perdana Menteri Tun Abd. Razak telah ~ Datuk Hussein Onn sbg Timbalan Perdana Menteri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengangkat

Puisi
 

Sekoci belayar di Lautan Hindi,
     Singgah sebentar mengangkat taut;
Jangan dibiar kedapatan budi,
     Takut kecundang kasih berpaut.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bulat waris mengadakan buapak,
     bulat buapak mengadakan lembaga.

Bermaksud :

Kata sepakat waktu mengangkat datuk lembaga. buapak = kependekan daripada ibu dan bapa.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
liturgical dramadrama liturgiKesusasteraanTiadaDrama yang mengangkat kisah daripada kitab Injil pada zaman pertengahan bagi tujuan pengajaran agama Kristian.
hand lifterpengangkatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk mengangkat kotak yang mengandungi susunan kepingan logam.
metafictionmetafiksyenKesusasteraanTiadaBentuk karya fiksyen yang bertujuan untuk mengangkat karya sastera sebagai artifak yang mempersoalkan hubungan antara fiksyen dengan realiti. Karya metafiksyen ini disampaikan melalui teknik parodi atau merombak teknik naratif konvensional.
forklift truckfoklifKejuruteraan AutomotifTiadaJentera yang digunakan untuk mengangkat dan menyusun barang-barang berat.
iron handpengangkat besiKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat untuk mengangkat kepingan logam yang sudah dipotong.
overhead conveyorpenghantar atasKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPenggantung yang mengangkat dan menggerakkan rangka kereta untuk proses mengecat.
drop lifterpengangkut turun naikKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPengangkut yang mengangkat dan menurunkan rangka kereta.
roof transfer devicepemindah bumbungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang mengangkat bumbung kereta dari satu bahagian ke bahagian yang lain.
coil haulerpengangkat gegelungKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang digunakan untuk mengangkat gegelung logam dari tempat simpanan.
loader armlengan pemuatKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat yang bergerak secara automatik untuk mengangkat kepingan logam masuk ke tempat pembuatan.
123

Kembali ke atas