balcony | balkoni | Kesenian | Hiasan Dalaman | Ruang yang menganjur keluar dari permukaan dinding sesebuah bangunan. Lazimnya, ruang ini disokong oleh tiang, pendakap atau rasuk tergantung dan dikemaskan dengan kekisi. Balkoni direka bentuk menjadi sebahagian daripada unsur bangunan yang menyediakan ruang tambahan untuk kegunaan harian, seperti beristirahat atau tempat mengeringkan pakaian. |
abyssal | lubuk | Sains Marin | Tiada | Lantai laut yang menganjur ke bahagian dasar lautan yang berada pada kedalaman 4000-6500 m dari aras laut. Lihat juga abis. |
foreslope | cerun depan | Sains Marin | Tiada | Bahagian terumbu organik yang bercerun curam, menganjur dari pinggir luarnya di kedalaman yang berjarak 10 fatom. Cerun ini menjadi tempat kepada terumbu karang yang terbesar, berikutan keadaan sekelilingnya yang sesuai kerana tindakan ombak yang terhad. Terumbu karang yang paling pelbagai terdapat pada cerun berkedalaman antara 15-20 m kedalaman, dan sekiranya semakin dalam, spesies terumbu karang juga akan semakin berkurang. Kepelbagaian spesies terumbu karang di kawasan ini adalah berkorelasi kuat dengan kehadiran cahaya. Terumbu di kawasan Lautan Pasifik boleh didapati sehingga pada kedalaman 50-60 m, manakala di Lautan Atlantik sehingga 100 m yang disebabkan oleh perbezaan penembusan cahaya ke dalam laut. |
sky deck | dek puncak | Seni Bina | Tiada | Sebuah platform dalam bangunan tinggi yang menganjur keluar yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan dengan lebih luas. |
advancing coast | kemaraan pinggir laut | Sains Marin | Tiada | Kawasan pinggir laut yang terbentuk menganjur ke arah laut akibat pemendapan sedimen di zon pesisir pantai. Fenomena ini juga terjadi kesan daripada penurunan aras air laut atau peningkatan aras benua. |
headland | tanjung tinggi | Sains Marin | Tiada | Bentuk bumi yang terbentuk secara semula jadi yang menganjur ke laut dan mempunyai ciri-ciri seperti kawasan tinggi, pantai berbatu, tempat ombak berpecah, hakisan yang kuat dan tebing laut yang sangat curam. Tanjung tinggi dan teluk biasanya dijumpai pada garisan pantai yang sama. |
snorkeling | selam snorkel | Sukan | Tiada | Aktiviti berenang dan menyelam dalam air dengan menggunakan kaki sirip dan snorkel berbentuk J, yang terdiri daripada gogal, penutup hidung dan tiub yang hujungnya dimasukkan ke dalam mulut dan menganjur ke atas permukaan air. Snorkel ini berfungsi sebagai alat bantuan pernafasan ketika di dalam air. |
insular shelf | pentas pulauan | Sains Marin | Tiada | Kawasan lantai lautan yang sama seperti pentas benua yang mengelilingi suatu pulau sehingga kedalaman 600 kaki. Kawasan ini merupakan suatu jasad daratan yang berada di bawah air yang menganjur dari dataran benua menyebabkan pembentukan kawasan air cetek. Kebanyakan pentas kepulauan ini terdedah sewaktu era glasier dan antara glasier. |
fiord | fiord | Sains Marin | Tiada | Tebing tinggi yang terbentuk secara semula jadi, meminggir panjang ke laut dan sempit di antara tebing tinggi, seperti yang banyak terdapat di negara Norway. Kebanyakannya terdapat di kawasan glasier terkini atau yang lampau, menganjur di bawah aras air laut. |
narrow coastal plain | dataran pinggir laut sempit | Sains Marin | Tiada | Dataran pinggir laut sempit yang meminggiri zon pinggir laut di sesebuah kawasan. Contohnya, dataran pinggir laut yang terbesar terletak di kawasan timur Amerika Selatan, iaitu dataran pinggir laut Teluk Amerika Utara yang menganjur dari Teluk Mexico selari dengan Sungai Mississippi ke Sungai Ohio yang berjarak 800 km. |