Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.tu/] | مڠنتوق

Definisi : berasa hendak tidur: ia ~ benar kerana hari sudah larut malam; orang ~ disorongkan bantal prb mendapat sesuatu yg sangat-sangat dikehendaki (diingini); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.tu/] | مڠنتوق

Definisi : berasa hendak tidur: Kalau ~, pergilah tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengantuk

Puisi
 

Burung belatuk kepalanya kuning,
     Hendak merapat di kaki dulang;
Mata mengantuk kepalanya pening,
     Hendak melepas si hajat orang.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Orang lapar diberi nasi.

Bermaksud :

Memperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang mengantuk disorongkan bantal).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hypnagoguehipnagogPerubatanTiada1. Berkaitan dengan rasa mengantuk.,2. Agen yang mengaruh rasa mengantuk atau tidur.
drowsymengantukPerubatanTiadaTiada
sleepy foal diseasemengantuk)VeterinarTiadaTiada
hypnosiahipnosiaPerubatanTiadaRasa mengantuk yang tidak boleh dikawal.
hypnolepsyhipnolepsiPerubatanTiadaKeadaan yang ditandai oleh rasa mengantuk yang tidak dapat dikawal, yang berlaku pada sela tertentu dan dikaitkan dengan katapleksi.
transquilliserpenenangPerubatanTiadaUbat yang meredakan ketegangan mental dan memberi ketenangan tanpa menimbulkan rasa mengantuk dan mengganggu daya pemikiran otak. Penenang merangkumi ubat antiresah yang dahulu dikenali sebagai penenang minor dan ubat antipsikotik yang dikenali sebagai penenang major.
amphetamineamfetaminaKimiaTiada1-fenil-2-aminopropana, yang bersifat merangsang sistem saraf pusat dan menghalang rasa mengantuk.
phenobarbital poisoningkeracunan fenobarbitalKimiaForensikKeracunan akibat dos berlebihan fenobarbital, iaitu ubat barbiturat, antikekejangan dan penenang yang diberikan untuk merawat banyak penyakit kekejangan dan sebagai pil tidur yang aktif lama. Gejala awal keracunan akut akibat pengingesan atau suntikan termasuk mengantuk, kecelaruan mental dan terhuyung-hayang diikuti koma dengan cepat. Gejala keracunan kronik akibat pengingesan termasuk kecelaruan mental, ataksia, pening, mengantuk, tekanan emosi, kerengsaan dan gangguan kelakuan yang lain. Dos terapeutik ialah 10 �g/mL /mL - 30 �g/mL /mL, dos toksik ialah 30 �g/mL - 40 �g/mL, dos maut ialah 50 �g/mL - 60 �g/mL dan dos parah anggaran ialah 1.5 g, dan kepekatan toksik ialah 100 �g/mL Tempoh setengah hayat ialah 2 - 6 hari.
alprazolamalprazolamKimiaForensikNama dagang, Xanax. Antidepresan benzodiazepina yang mempunyai tindakan jangka panjang yang digunakan dalam rawatan jangka pendek untuk keresahan. Kesan Sampingannya termasuk rasa mengantuk dan terawang-awang. Julat dos lazim untuk orang dewasa adalah sehingga 4 mg sehari.
anxiolyticanziolitikPerubatanTiadaKumpulan ubat sedatif hipnotik yang digunakan untuk merawat gangguan keresahan umum, insomnia dan sebagai pramedikasi anestesia agar pesakit lebih tenang dan bekerjasama. Kesan sampingan daripada pengambilan ubat ini ialah mengantuk, lesu, hilang ingatan dan hilang kebergantungan fizikal. Contoh ubat ialah Midazolam dan Diazepam.
1234

Kembali ke atas