Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rah] | مڠاره

Definisi : 1. menghadap ke sesuatu arah, menghala: pintu kota itu ~ ke sebelah barat; 2. membawa kita ke sesuatu arah (bkn jalan, jambatan, dsb), pergi ke sesuatu arah (bkn orang, kenderaan, dsb), menuju: sebuah jam­batan ~ ke Banting; berjalan ~ ke Kajang; 3. memberi tekanan pd sesuatu hal, berat, condong: perbincangan mereka ~ kpd hal yg lebih berat spt masalah kemiskinan orang-orang Melayu; 4. mengepalai, menge­tuai: ~ peperangan melawan pengganas komunis; 5. mengatur (mengurus atau menge­lolakan serta menyelia) sesuatu persembahan seni spt drama (filem dsb): beliau telah ~ beberapa buah filem Melayu; 6. menyuruh kenderaan dsb mengikut sesuatu jalan (bkn polis lalu lintas dsb): polis sedang ~ lalu lintas di kawasan itu setelah beberapa jalan terpaksa ditutup; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rah] | مڠاره

Definisi : pergi atau menghadap ke arah tertentu; menghala; menuju: Meriam-meriam itu telah dipasang ~ ke laut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengarah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
convergencepenumpuanPendidikanTiadaKebolehan untuk mengarah atau mengacu kedua-dua mata dengan tepat terhadap objek yang sama pada jarak dekat pada masa yang sama.
centrifugal forcedaya emparanSains SukanBiomekanikDaya yang mengarah ke luar pusat putaran. Daya emparan bertambah apabila jisim serta kelajuan objek bertambah dan berkurang apabila saiz jejari bertambah.
centripetal forcedaya sentripetalSains SukanBiomekanikDaya yang mengarah ke dalam pusat putaran. Daya sentripetal bertambah apabila jisim serta kelajuan objek bertambah, dan berkurang apabila saiz jejari bertambah.
anterioranteriorSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian hadapan jasad. Contohnya, dahi berada di bahagian anterior tengkorak, manakala patela berada di bahagian anterior sendi lutut.
posteriorposteriorSains SukanBiomekanikBerkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian belakang jasad. Contohnya, jantung terletak pada posisi posterior dari tulang rusuk.
futuristic tourismpelancongan masa depanPelanconganTiadaAktiviti pelancongan yang mengarah ke masa hadapan, seperti pelancongan angkasa.
meledictionkutukanKesusasteraanPuisiKata-kata makian, cercaan, nistaan yang mengarah kepada sumpahan khususnya kepada seseorang tokoh yang dibenci.
neoclassicismneoklasisismeKesusasteraanTiadaAliran dalam seni dan sastera yang mengarah kepada kemunculan kembali gaya dan sikap sastera zaman lampau.
radial accelerationpecutan radialSains SukanBiomekanikKomponen pecutan bersudut yang mengarah ke pusat lengkok.
litoteslitotesKesusasteraanPuisiPengucapan atau penuturan yang bersifat kiasan dan mengarah kepada memperkecilkan sesuatu hal atau peristiwa yang terjadi. Penggunaan unsur litotes ini bertujuan untuk menunjukkan kerendahan diri penutur atau penyair. Contohnya, "Kalau adil masa Iapang singgahlah ke pondok kami". Dalam konteks ini perkataan pondok itu mungkin realitinya sebuah rumah besar.
123

Kembali ke atas