Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1. menyusun dsb (bunga, per­mata, manik, dll) hingga kelihatan menarik, menggubah: puteri itu memetik bunga dan ~ kuntum; sebentuk cincin intan dikarang; ~ telur bertelur, mengandungi telur; 2. mereka atau menulis (cerita, cerpen, novel, dll), men­cipta (sajak dll), menggubah (lagu): tuan itulah yg ~ kitab loghat bahasa Melayu; ~ novel dan cerpen; 3. mengadakan, mereka-reka: kalau sudah kehabisan bahan, mereka gemar pula ~ berita yg bukan-bukan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : menjadi arang, menjadi hitam spt arang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.rang] | مڠارڠ

Definisi : 1 mencucuk manik atau menggubah bunga dll; mengikat permata dll. 2 membuat atau menulis cerita (novel, sajak dll): Beliau banyak ~ cerpen. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
karang (kata kerja)
1. Bersinonim dengan tulis: catat, coret, reka, cipta, sunting, nukil,

2. Bersinonim dengan gubah: susun, cucuk, atur,

Kata Terbitan : mengarang, terkarang, karangan, pengarang,

Puisi
 

Apa guna mengarang bunga,
     Kalau tidak selah-jemelah;
Kalau kering Lautan China,
     Barulah cinta adik berubah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Bagai ayam mengeram telur.

Bermaksud :

Peri keelokan, merah muka seseorang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai ayam mengarang telur).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
compositionkomposisi-Tiada1. Proses mengarang atau menyusun idea dan persembahan dalam menghasilkan karya. 2. Proses menyusun perkataan, bahan grafik dan lain-lain dalam sesebuah halaman cetak.
literal visionvisi literalKesusasteraanTiadaParas makna dan mod persepsi yang digunakan oleh pengarang untuk mentafsir dan mengarang karya sastera. Visi literal merujuk kepada paras makna denotatif dalam penggunaan sesuatu perkataan. Contohnya, dalam ayat, �dia makan rambutan�, kata nama rambutan merujuk kepada sejenis buah semata-mata.
course authorpengarang kursusTeknologi Maklumate-PembelajaranIndividu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk modul pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan.
learning designreka bentuk pembelajaranTeknologi Maklumate-PembelajaranProses sistematik yang digunakan untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan secara konsisten dan andal.
instructional designer (ID)pereka bentuk pengajaran (ID)Teknologi Maklumate-PembelajaranIndividu yang bertanggungjawab untuk mereka bentuk dan menyediakan bahan kursus pembelajaran dengan menulis sukatan pelajaran, merangka gambaran keseluruhan modul, mengarang aktiviti pembelajaran, konsep pentaksiran dan persembahan kandungan. Lihat juga penulis kursus.
Bhakti poetrypuisi BhaktiKesusasteraanTiadaPuisi India yang bermula semasa pergerakan Zaman Bhakti dari abad ke-14 hingga 17. Puisi Bhakti muncul sebagai reaksi terhadap keadaan politik, sosial, dan keagamaan yang bergelora pada zaman sebelumnya. Zaman Bhakti telah menyaksikan kelahiran beberapa penyair suci yang menghasilkan puisi yang bersifat introspektif. Puisi mereka mengagungkan kesolehan, pengabdian, dan bermutu tinggi sehingga zaman ini digelar sebagai Zaman Keemasan sastera Hindi. Puisi ini memberatkan penolakan radikal terhadap penentuan kasta dan kekangan agama Hindu yang memudaratkan manusia. Antara penyair Bhakti yang terkenal ialah Meerabai, Surdas, Tulsidas, Chaitanya Mahaprabhu, Jayadeva, dan Guru Nanak. Penyair yang dianggap suci ini mengetepikan bahasa Sanskrit dan mengarang dalam bahasa tempatan. Puisi mereka mengandungi rangkap yang mudah diulangi dan dilagukan. Puisi ini lebih menekankan perhubungan manusia dengan Tuhan berasaskan kesolehan, pengabdian, dan cinta yang tidak mementingkan diri, kerendahan hati dan kebaktian kepada orang lain. Bhakti berasal daripada perkataan Sanskrit bermaksud �amal soleh dan pengabdian�.

Kembali ke atas