Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1. menajamkan, mengilir: ~ pisau; 2. mencanai, menyerodi: ~ batu cincin; 3. menggosok (utk meratakan, melicinkan, dll): ~ gigi; 4. memupuk dan meningkatkan (membina, mengembangkan, dsb): keputusan yg baik dapat digunakan utk ~ kecenderung­an seseorang murid terhadap sesuatu jenis pekerjaan; ~ bakat memupuk dan mengem­bangkan bakat; ~ budi = ~ otak = ~ fikiran mempertajam fikiran (menjadikan lebih cekap berfikir dsb); ~ hati memanaskan hati; belakang parang sekalipun jika diasah tajam juga prb berapa bodoh pun orang kalau selalu diajar akan pandai juga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.sah] | مڠاسه

Definisi : 1 menggosokkan pisau dsb pd sesuatu atau menggosoknya dgn sesuatu supaya tajam; menajamkan. 2 melicinkan sesuatu (spt batu permata) dgn sj alat yg berputar ligat; mencanai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengasah

Puisi
 

Kalau tuan mengasah kapak,
     Asah mari sepagi hari;
Saya bawa sirih setepak,
     Untuk saya ganti diri.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Mengasah belakang kapak,
     bilakah tajamnya?

Bermaksud :

Mengajar orang malas, bilakah akan pandai?

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
reskillingpemahiran semulaPentadbiranTiadaKaedah untuk mengasah semula kemahiran dalam diri seseorang individu atau kumpulan individu melalui kursus atau pengajian yang ditawarkan oleh majikan khususnya kepada pekerja lama.
reskillingpemahiran semulaPengurusanTiadaKaedah untuk mengasah semula kemahiran dalam diri seseorang individu atau kumpulan individu melalui kursus atau pengajian yang ditawarkan oleh majikan khususnya kepada pekerja lama.
pencil pointerpenajam penselKesenianHiasan DalamanAlat pemotong atau penajam, berbentuk bulat yang digunakan untuk mengasah dan menajamkan mata pensel. Peralatan ini mengandungi alat pemotong yang diperbuat daripada mata keluli jenis asas yang dikatakan lebih baik berbanding keluli yang lain. Alat ini juga memiliki tolok untuk menumpulkan mata pensel. Papan kertas pasir digunakan untuk membentuk mata pensel menjadi seperti mata pahat atau untuk menumpulkan mata pensel bagi tujuan teknik-teknik yang khusus.

Kembali ke atas