inundation | pembanjiran | Geografi | Tiada | 1. Pelimpahan air mengatasi tebing biasa sungai atau badan air lain atau pengumpulan air, melalui saliran pada kawasan yang biasanya tidak ditenggelami air.,2. Pelamparan air secara terkawal untuk pengairan dan sebagainya. |
anchorage | , pengangkoran | Perubatan | Tiada | 1. Pengangkoran: Istilah umum untuk kawasan yang mengatasi daya penggerak gigi. |
therapeutic | terapeutik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan terapi yang mempunyai keupayaan penyembuhan. 2. Rawatan bagi mengatasi penyakit dan menggalakkan penyembuhan. |
formative evaluation | penilaian formatif | Pendidikan | Tiada | 1. Penilaian yang dilakukan semasa mengajar untuk mengenal pasti kemajuan pelajar atau mengatasi masalah. |
relay | geganti | Kejuruteraan | Tiada | 1. Suis yang beroperasi secara elektrik, digunakan untuk menimbulkan perubahan-perubahan pada litar tak bersandaran. Sinonim: geganti elektrik.,2. Peranti untuk membekalkan tenaga tekanan tambahan daripada punca luar, untuk membantu mengatasi rintangan yang berlebihan. |
discharge | nyahcas | Teknik | Elektrik | 1. Pengeluaran arus/tenaga elektrik daripada peranti simpanan atau perantaraannya, contohnya bateri atau pemuat ternyahcas apabila tenaganya digunakan. 2. Pengaliran arus melalui gas dalam lampu nyahcas, contohnya dalam lampu pendarfluor. 3. Kemampuan mengatasi perbezaan voltan di antara dua punca bercas apabila disambungkan. 4. Kaedah yang digunakan untuk menjadikan dua punca yang mempunyai cas berlawanan kembali neutral iaitu dengan menyambungkan kedua-dua punca bercas itu dengan dawai atau pada beban, contohnya menyahcas pemuat. 5. Pembuangan cas dari sesuatu permukaan pengalir dengan menyambungkannya ke bumi, contohnya pembuangan cas papan litar sebelum kerja pengujian dijalankan. |
package | pakej | Komunikasi | Korporat | 1. Set persembahan maklumat mengenai kelompok barangan, perkhidmatan, atau organisasi. Persembahan maklumat dirancang secara berstruktur dan bersepadu untuk memperagakan citra barangan, perkhidmatan, atau organisasi yang berkenaan secara berpakej. Perancangan persembahan ini mengambil kira jenis, mutu, fungsi dan kepentingan barangan, perkhidmatan dan falsafah organisasi. Keseluruhan persembahan akan melambangkan citra barangan dan organisasi sebagai satu pakej. Persembahan secara berpakej dan bersepadu boleh mengatasi kelemahan yang sedia ada dalam organisasi. Contoh set persembahan adalah dalam bentuk kit media dan tawaran jualan barangan berpakej yang mengandungi pelbagai item dengan harga rendah. 2. Gabungan rancangan atau iklan yang ditawarkan oleh saluran televisyen untuk ditaja sebagai satu entiti menggunakan satu harga. Ruang iklan kadangkala dijual sebagai satu pakej. |
water use efficiency | kecekapan penggunaan air | Pertanian | Agroteknologi | 1. Jumlah bahan kering atau bahagian tuaian tanaman yang dihasilkan per unit air yang digunakan. Contohnya, untuk menghasilkan sejumlah hasil tanaman, maka sejumlah air tertentu diperlukan bagi tumbesaran tanaman tersebut. 2. Nisbah kadar fotosintesis berbanding kadar transpirasi tumbuhan. Ia merupakan kuantiti karbon dioksida yang diikat dengan kuantiti air yang hilang dalam proses tersebut. Kecekapan penggunaan air penting pada masa kini dengan perubahan iklim yang sedang berlaku, yang boleh menyebabkan kekurangan sumber air untuk tanaman. Oleh itu, beberapa kaedah penghasilan tanaman yang terbaharu telah diperkenalkan untuk mengatasi masalah kekurangan sumber air ini. Contohnya, untuk mengurangkan penggunaan air dalam tanaman padi, varieti padi yang tinggi kecekapan penggunaan air yang dikenali sebagai padi aerobik, telah diperkenalkan. Singkatan WUE. |