Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.wal] | مڠاول

Definisi : 1. menjaga dan me­ngawasi (tempat, bangunan, dll) supaya selamat, menjaga keselamatan (orang lain): ia memimpin anak buahnya berjaga malam ~ kampung; 2. mengawas atau mengawasi (supaya tidak melampaui batas, sempurna dan teratur segala-galanya atau utk sesuatu tujuan lain), mengontrol: kalau dia seorang yg benar-benar sabar, berjayalah ia ~ dirinya; ~ harga barang; ~ gerak langkah dan tindakan sesuatu kumpulan pekerja; ~ penyakit supaya tidak merebak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wal] | مڠاول

Definisi : 1 menjaga supaya selamat; menjaga keselamatan: Penghulu dan anak buahnya berjaga malam ~ kampung. 2 memperhatikan dan menjaga baik-baik (supaya berjalan dgn teratur); mengawasi: Hutan rimba Tanah Melayu dikawal oleh Jabatan Hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
control measurecara mengawal; langkah mengawalPertanianTiadaTiada
current regulatorpengatur arusTeknikElektrikPeranti yang boleh mengehadkan atau mengawal arus yang mengalir ke dalam litar. Misalnya, reostat medan yang mengawal arus ke medan penjana atau motor pirau, seterusnya mengawal voltan penjana atau mengawal kelajuan motor itu.
switch gearperalatan suisTeknikElektrikRadas untuk mengawal pengagihan tenaga elektrik, mengawal dan melindungi litar mesin dan beban elektrik, termasuk juga papan agihan.
sodium carboxymethylcellulosenatrium karboksimetilselulosKejuruteraanPetroleumBahan organik yang digunakan antara lain untuk menambah ketumpatan, mengawal turasan dan mengawal pembentukan kelikatan lumpur penggerudian. Ada kalanya bahan ini juga digunakan bersama-sama dengan bentonit, untuk menghasilkan lumpur jenis berpepejal rendah. Biasanya ia disebut dengan ringkas sebagai CMC dan tersedia dalam berbagai-bagai gred kelikatan dan ketulenan.
biocontrol agentagen biokawalanPertanianAgroteknologiOrganisma yang dapat digunakan untuk mengawal serangga perosak dan penyakit. Contohnya, kumbang kura-kura boleh mengawal populasi afid kerana ia merupakan musuh semula jadi afid. Contoh lain ialah burung hantu yang dapat mengawal populasi tikus di kawasan padi dan kelapa sawit. Kaedah agen biokawalan adalah mesra alam kerana ia tidak menggunakan bahan kimia dan sasarannya hanya kepada makhluk perosak.
servomechanismservomekanismeKomunikasiTiadaSistem yang mengawal pergerakan kamera secara mekanikal pada kamera filem. Contohnya, mekanisme yang mengawal kanta zum boleh dibuat dengan mudah dengan cara menekan butang yang disediakan.
cable controlkawalan kabelAeroangkasaTiadaSatu kaedah mengawal pergerakan pesawat udara menggunakan kabel keluli.,Satu kaedah mengawal pergerakan pesawat udara menggunakan kabel keluli.
auxinauksinBotaniTiadaFitohormon yang mengawal atur pertumbuhan atau tumbuhan terutamanya melalui pemanjangan sel. Fitohormon ini dapat membantu permulaan pembentukan akar, mengawal perkembangan buah dan kedominanan apeks. Contohnya, asid indol asetik (IAA), asid indol butirik (IBA) dan asid naftalena asetik (NAA).
governorpengawal imbangKejuruteraanPetroleumPeranti yang digunakan untuk membatasi atau mengawal laju enjin. Pengendaliannya dilakukan dengan cara mengawal atau mengatur perbekalan bahan bakar kepada enjin berdasarkan kepada keperluan atau permintaan kuasa yang dikehendaki.
manoeuvring valveinjap olah gerakKejuruteraanTiadaInjap yang digunakan untuk mengawal wap yang masuk ke enjin utama bagi mengawal halaju. Biasanya satu injap untuk gerakan ke hadapan dan yang satu lagi untuk gerakan ke belakang.
12345678910...

Kembali ke atas