hiyazah maddiyyah | pemilikan fizikal | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa untuk bertindak, mengawal selia dan mengurus harta fizikal sahaja. Contohnya, pemegang gadaian (murtahin), penyewa kenderaan (muntafi‘) dan kontraktor binaan (muqawil). |
military law | undang-undang tentera | Undang-undang | Tiada | Undang-undang yang mengawal selia anggota tentera. |
hiyazah qanuniyyah | pemilikan undang-undang | Perniagaan Islam | Tiada | Kuasa untuk bertindak, mengawal selia dan mengurus harta yang diperoleh melalui perundangan. Contohnya, pemilik dan penyewa bangunan, atau pemilik dan penyewa kenderaan. |
Communication and Multimedia Commission | Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia | Teknologi Maklumat | Tiada | Badan yang mengawal selia komunikasi dan multimedia di Malaysia. |
ethics committee | jawatankuasa etika | Perubatan | Tiada | Jawatankuasa yang dibentuk oleh sesebuah institusi untuk mengawal selia penyelidikan dari segi etika agar penyelidikan tersebut tidak bertentangan dengan nilai-nilai peradaban, moral, agama dan norma sesuatu tempat sama ada yang melibatkan manusia atau binatang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli daripada pelbagai bidang seperti sains, perubatan, undang-undang, agama, sosial serta orang awam agar semua aspek etika penyelidikan dapat diteliti. Setiap penyelidikan terhadap manusia atau binatang perlu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan. |
BSI (British Standard Institution) | BSI (British Standard Institution) | Teknologi Maklumat | Tiada | Badan yang bertanggungjawab mengawal selia standard di Britain. |
Digital Signature Act | Akta Tandatangan Digital | Teknologi Maklumat | Tiada | Akta yang digubal untuk mengurus dan mengawal selia tandatangan digital. Lihat: digital signature |
international legal order | aturan undang-undang antarabangsa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Sistem yang memperuntukkan peraturan perundangan bagi mengawal selia segala hubungan antara subjek undangundang antarabangsa, terutamanya negara. Aturan undangundang antarabangsa mencakupi segenap bidang hubungan antarabangsa seperti politik, keselamatan, ekonomi dan perdagangan, alam sekitar dan hak asasi manusia. |
belief | kepercayaan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pegangan agama atau keyakinan moral seseorang. Pegangan ialah salah satu hak sivil dan politik yang dijamin oleh undang-undang antarabangsa. Piawaian yang mengawal selia kebebasan beragama dan kepercayaan terdapat dalam Perkara 18 Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, yang memperuntukkan bahawa �Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan berfikir, suara hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan untuk menukar agama atau kepercayaannya, dan kebebasan, sama ada secara bersendirian atau secara berkomuniti dengan orang lain dan di khalayak ramai atau di tempat persendirian, untuk menzahirkan agamanya atau kepercayaannya dalam bentuk ajaran, amalan, penyembahan dan ketaatan.� Walau bagaimanapun, Islam melindungi kebebasan suara hati dan pemikiran manusia dan mengajar penganutnya supaya menghormati dan bertoleransi terhadap semua agama kerana al-Quran dengan jelas menegaskan bahawa �Tidak harus ada sebarang paksaan dalam urusan agama.� [2:257] Ini bermakna, tiada paksaan atau kek |
agreement on technical barriers to trade | perjanjian sekatan teknikal perdagangan | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perjanjian yang mengawasi peraturan untuk mengawal kaedah pemprosesan produk barangan. Contohnya, pelabelan, pembungkusan dan pemasaran. Perjanjian ini mengawal selia penggubalan dan pematuhan sesuatu piawaian. Menurut perjanjian ini, sekatan teknikal perdagangan tidak boleh membatasi perdagangan antarabangsa. Walau bagaimanapun, perjanjian ini membenarkan sekatan dibuat untuk melindungi keselamatan dan kesihatan manusia, haiwan dan tumbuhan atau alam sekitar. Perjanjian ini dilampirkan kepada Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan menjadi sebahagian daripada sistem Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). |