Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.wa.si] | مڠاوسي

Definisi : 1. memerhatikan (tingkah laku atau gerak-geri dsb seseorang), mengamati (utk mengelakkan berlakunya sesuatu yg tidak baik dsb): beberapa orang anggota polis ~ gerak-geri orang-orang yg disyaki itu; ia ~ anaknya yg sedang bermain-main di pantai; 2. menjaga, memerhatikan dan mengawal, mengamat-amati: sengaja diupah orang utk ~ rumah itu siang dan malam; 3. mem­berikan perhatian serta mengawal (supaya ter­atur atau berjalan dgn baik dsb): ~ pelak­sanaan sesuatu projek; ~ perjalanan me­syuarat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.wa.si] | مڠاوسي

Definisi : 1 memperhatikan tingkah laku seseorang dll: Pihak polis telah ~ gerak-geri mereka sejak beberapa waktu yg lalu. 2 memeriksa dan menjaga supaya teratur; mengamat-amati: Seorang pegawai telah dilantik utk ~ perjalanan yayasan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengawasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
insurance commissionerpesuruhjaya insuransinsuransTiadaKetua agensi kerajaan yang mengawasi industri insurans sesebuah negara. Jawatan ini juga digelar Ketua Pengarah Insurans atau Penguasa Insurans.
insurance commissionerpesuruhjaya insuransPentadbiran PerniagaanTiadaKetua agensi kerajaan yang mengawasi industri insurans sesebuah negara. Jawatan ini juga digelar Ketua Pengarah Insurans atau Penguasa Insurans.
social controlkawalan sosialPentadbiranTiadaMekanisma atau kaedah yang digunakan untuk mengawasi tingkah laku individu dan kumpulan individu bagi menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Kawalan sosial dianggap sebagai pemangkin utama dari sudut penjagaan keamanan, keselamatan, keselesaan dan sebarang bentuk ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, kekukuhan ekonomi, kestabilan politik, keseimbangan sosiobudaya, perpaduan kaum dan integrasi nasional mudah dicapai. Walau bagaimanapun, keberkesanan kawalan sosial di dalam sesebuah masyarakat banyak bergantung kepada tahap kesedaran yang tinggi, keakraban hubungan komuniti dan kerjasama yang wujud dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya, peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung, RELA, Pertubuhan Belia dan sebagainya boleh dianggap sebagai mekanisma kawalan sosial yang penting untuk mencegah huru-hara dalam masyarakat.
insurance departmentjabatan insuransinsuransTiadaPihak berkuasa yang mentadbir undang-undang bagi mengawasi industri insurans.
insurance departmentjabatan insuransPentadbiran PerniagaanTiadaPihak berkuasa yang mentadbir undang-undang bagi mengawasi industri insurans.
panoramic view monitormonitor pandangan panoramikKejuruteraan AutomotifTiadaAlat yang dipasang pada kenderaan untuk mengawasi gabungan gambar daripada empat kamera yang dipasang di bahagian hadapan, belakang, kiri dan kanan kenderaan. Alat ini membantu memberikan jarak penglihatan yang lebih baik atau persekitaran kenderaan semasa memarkir kenderaan.
spywareperisian intipTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPerisian yang dipasang secara tersembunyi pada komputer peribadi untuk memintas atau mengambil sebahagian kawalan ke atas interaksi pengguna dengan komputer tanpa pengetahuan pengguna tersebut. Perisian ini secara rahsia mengawasi tingkahlaku pengguna seperti laman web yang dilawati dan tabiat melayari Internet. Perisian ini juga dapat mengganggu kawalan pengguna terhadap komputer seperti memasang perisian tambahan dan mengalih aktiviti pelayar web. Selain itu, perisian ini dapat mengubah pengesetan komputer, mengakibatkan kelajuan capaian menjadi perlahan dan sambungan rangkaian terputus serta ketidakfungsian atur cara lain. Perisian intip boleh juga diklasifikasikan sebagai perisian langgar privasi.
youth movementpergerakan beliaSains PolitikPolitik PerbandinganPergerakan golongan muda yang melambangkan perubahan dan pembaharuan. Gerakan ini dianggotai oleh sekumpulan remaja sehingga orang dewasa dan tidak melibatkan golongan pemerintah. Gerakan ini boleh juga dilihat dalam bentuk gerakan bukan kerajaan (NGO) atau sebagai belia secara keseluruhan. Gerakan ini sentiasa sensitif dalam mengawasi perjalanan pemerintahan kerajaan dan boleh menjadi pemerhati kepada kerajaan. Contohnya, Gerakan Belia 4B, ABIM, GPMS dan Majlis Belia Malaysia.
state's righthak negaraSains PolitikPolitik PerbandinganHak yang dimiliki oleh pemerintah sebagai institusi yang berkuasa dan berdaulat untuk memelihara kepentingan nasional atau orang ramai. Hak negara terdiri daripada hak untuk membuka tanah dan membangunkan negara, hak dalam menguasai perbendaharaan dan kekayaan negara, hak merahsiakan maklumat sulit dan hak mengadakan pilihan raya. Hak ini dipelihara untuk mengawal keselamatan, memelihara kepentingan ekonomi dan juga mengawasi pembangunan sosial masyarakat negara supaya tidak terjejas. Contohnya, hak negara Malaysia untuk tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel adalah suatu hak yang tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Kembali ke atas