Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cua.li.kan] | مڠچواليکن

Definisi : membebaskan (drpd penguat­kuasaan sesuatu undang-undang, peraturan, dsb), mengeluarkan (mengetepikan) drpd sesuatu ketentuan atau keputusan: mereka meminta diadakan peraturan-peraturan khas bagi ~ mayat-mayat orang Islam yg mati akibat kemalangan drpd dibedah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cua.li.kan] | مڠچواليکن

Definisi : menjadikan sbg kecuali; mengasingkan; membezakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecuali (kata tugas)
Bersinonim dengan melainkan, selain, lain daripada, hanya, namun, tetapi;,
Kata Terbitan : berkecuali, mengecuali, mengecualikan, terkecuali, kekecualian,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
waiver of premium benefitfaedah penepian premiuminsuransTiadaFaedah di dalam polisi insurans hayat yang mengecualikan pembayaran premium apabila insured hilang upaya dan perlindungan diteruskan seperti biasa.
waiver of premium disability benefitfaedah hilang upaya penepian premiuminsuransTiadaFaedah di dalam polisi insurans hayat yang mengecualikan pembayaran premium apabila insured hilang upaya menyeluruh dan kekal dan perlindungan diteruskan seperti biasa.
riderriderinsuransTiadaLampiran kepada polisi yang mengubahsuaikan syarat polisi sama ada dengan meluas atau mengehadkan faedah atau mengecualikan sebahagian syarat-syarat perlindungan.
excepted periodtempoh terkecualiinsuransTiadaTempoh selepas permulaan tarikh polisi apabila faedah penyakit tidak akan dibayar. Tujuan tempoh ini untuk mengecualikan penyakit sebenar yang dihidapi sebelum polisi berkuat kuasa. Ini berlainan daripada tempoh singkir dan tempoh tangguh.
mutual atomic energy reinsurance poolgemblengan reinsurans kuasa atom bersamainsuransTiadaGabungan syarikat insurans bersama yang menginsuranskan polisi liabiliti yang melindungi reaktor tenaga nuklear swasta. Ini disebabkan kebanyakan kontrak insurans mengecualikan perlindungan jenis ini.

Kembali ke atas