Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cut] | مڠچوت

Definisi : menjadi kecut (kisut, lisut), mengedut, mengecil: kain itu ~ setelah dibasuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cut] | مڠچوت

Definisi : menjadi semakin kecil; menjadi lisut: Kain itu ~ apabila dibasuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecut (adjektif)
1. Bersinonim dengan takut: gentar, gerun, gementar, tidak berani,

2. Dalam konteks kulit
bersinonim dengan lisut, kisut, kedut, kempis, susut, seruh, lesut, berkerut, gedeber, kering dan berkedut,

Kata Terbitan : mengecut, mengecutkan, pengecut, kekecutan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
contractile componentskomponen mengecutSains SukanBiomekanikSifat otot yang membolehkan tegangan dibentuk daripada rangsangan gentian otot.
bamboo shrinkagekecutan buluhBuluhTiadaKeadaan serat buluh yang mengecut dan lazimnya berlaku apabila buluh mengalami pengeringan drastik.
atrioventricular nodenodus antrioventrikalKejururawatanTiadaSatu kumpulan tisu khusus jantung yang terdiri daripada sistem kontraksi jantung serta menerima impuls untuk mengecut daripada nodus sinoatrium.
arteryarteriKejururawatanTiadaSalur darah yang mengalirkan darah dari jantung ke semua bahagian tubuh. Dindingnya terdiri daripada serat otot licin yang mengecut atau mengendur di bawah kawalan sistem saraf simpatetik.
expansion tanktangki pengembanganKejuruteraan AutomotifEnjin1. Tangki yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan pendingin akibat pengembangan kerana dipanaskan oleh enjin. Apabila enjin menjadi sejuk, bahan pendingin akan mengecut dan mengalir semula ke radiator. Tangki ini dihubungkan dengan radiator oleh sebatang hos. Tekanan dalam tangki ini menjadi tinggi, iaitu sama dengan tekanan dalam radiator apabila enjin beroperasi dan tekanan ini dikawal oleh tukup tekanan. 2. Tangki tambahan pada tangki bahan api dalam beberapa jenis kenderaan yang digunakan untuk mengumpul limpahan bahan api akibat pengembangan.
hot tearsrabak panasTeknologi Ujian Tanpa MusnahRadiografi dan UltrasonikKeretakan berbentuk linear yang terbentuk di dalam logam pada peringkat penyejukan semasa proses tuangan. Hal ini disebabkan oleh bahan mengecut secara tidak sekata semasa proses penyejukan. Lazimnya, rabak panas terjadi antara bahagian tebal dan nipis pada produk tuangan.

Kembali ke atas