Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.jut] | مڠجوت

Definisi : tidak semena-mena datangnya (ber­lakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.jut] | مڠجوت

Definisi : dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka berlakunya sesuatu: Beliau telah meninggal dunia secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Puisi
 

Bersigup tidak ku pandai,
     Baranya jatuh ke lantai;
Kasih mengejut tidak ku pandai,
     Ibarat angin tiup selesai.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cardiac arrestjantung terhentiKejururawatanTiadaPengepaman jantung berhenti secara mengejut yang dicirikan oleh ketiadaan tekanan darah dan nadi. Ia berlaku akibat fibrilasi ventrikel dan asistole.
witwitKesusasteraanTiadaCiri ujaran yang bersifat padat, pantas, dan disusun untuk melahirkan humor dan kesan komik secara mengejut. Kejutan disebabkan oleh kepincangan antara perkataan dengan konsep yang diujarkan di luar jangkaan khalayak, justeru menghasilkan jenaka yang melucukan. Pada kurun ke-17, wit merujuk kepada dialog yang bertenaga dan pintar. Wit pernah diistilahkan oleh penyair Inggeris, Dryden sebagai suatu metafora yang tajam. Wit biasanya dikaitakan dengan puisi metafizikal yang banyak menggunakan metafora lanjutan. Contoh puisi metafizikal ditemui dalam sajak berjudul The Flea oleh Donne. Dalam puisi ini, dua objek yang dibandingkan, iaitu cinta dan kutu, menimbulkan kejanggalan yang mengejutkan sehingga menimbulkan suasana humor. Lihat juga metafora, puisi metafizikal.
ventricular fibrillationfibrilasi ventrikelKejururawatanTiadaRentak ventrikel yang tidak normal, iaitu rentak yang cepat dan tidak sekata. Keadaan ini mengganggu pengepaman darah ke seluruh tubuh, dan lazimnya menyebabkan kematian mengejut.
well made playdrama sempurnaKesusasteraanTiadaGenre drama pada kurun ke-19 yang bercirikan plot rapi, dan pertukaran plot yang disebabkan oleh sesuatu rahsia, atau dengan kemunculan surat, dokumen atau watak secara mengejut.
acidosisasidosisVeterinarTiadaKeadaan peningkatan asid atau penurunan kadar bes di dalam darah. Peningkatan asid boleh berlaku apabila makanan bijirin diberi kepada ternakan dengan terlampau banyak atau dalam keadaan ketosis, kelaparan dan uremia. Hal ini akan menjadi lebih teruk jika berlaku penyahhidratan. Kematian mengejut boleh berlaku pada ternakan ruminan yang mengalami asidosis jika diberi makanan bijirin secara mendadak.
second degree murderpembunuhan darjah keduaKriminologiKeadilan JenayahPembunuhan yang menyalahi undang-undang yang bersifat sengaja tetapi dilakukan tanpa perancangan atau persediaan untuk membunuh mangsa. Dalam jenayah ini, kadangkala pelaku hanya ingin menyebabkan kemudaratan tubuh mangsa tetapi perbuatannya telah mengakibatkan kematian mangsa. Contohnya, pergaduhan mengejut yang berakhir dengan kematian.

Kembali ke atas