Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.kang] | مڠکڠ

Definisi : 1. menarik tali kekang (utk mem­berhentikan kuda); 2. ki menyekat, menahan atau mencegah (hawa nafsu, kejahatan, dll), melarang, memberangus (surat khabar): seakan-akan ada sesuatu kekuasaan yg ~ kebebasannya; ~ hawa nafsu; ~ kemerdekaan akhbar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.kang] | مڠکڠ

Definisi : 1 menarik tali kekang utk memberhentikan kuda: Kuda yg ketakutan itu tidak dpt dikekang lagi. 2 ki menyekat supaya tidak berlaku sesuatu; menahan; mencegah: Kerajaan hendaklah mengadakan undang-undang utk ~ harga barang-barang supaya tidak naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kekang
Kata Terbitan : mengekang, terkekang, kekangan, pengekangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
joint stabilitykestabilan sendiSains SukanBiomekanikKeupayaan sendi untuk mengekang perubahan kedudukan tulang yang berartikulasi (tempat persambungan antara tulang), bergantung pada struktur sendi dan tisu lembut yang berfungsi sebagai penyokong. Kekangan ini menyebabkan kestabilan pada sendi. Atlet yang sering terlibat dengan aktiviti sukan yang banyak membabitkan sentuhan badan, pertukaran arah pergerakan atau melibatkan pergerakan berputar, sering terdedah pada kemerosotan prestasi apabila kestabilan sendi mereka terjejas akibat kecederaan.
Enhanced Movement Control Order (EMCO)Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD)Undang-undangTiadaArahan kawalan pergerakan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa bagi mengekang penularan jangkitan, mengasingkan, mengenal pasti pembawa COVID-19 dan meminimumkan penyebaran daripada penyakit ini, berdasarkan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan Akta Polis 1967 [Akta 344].
fixationpenetapanPsikologiTiadaKecenderungan individu untuk hanya bergantung pada satu kaedah penyelesaian masalah walaupun terdapat kaedah lain yang lebih baik. Keadaan ini berlaku kerana sikap yang sangat taasub terhadap sesuatu kaedah sehingga boleh mengekang dirinya untuk membuka pemikiran kepada alternatif yang lain. Satu contoh yang memperlihatkan fenomena ini adalah penetapan kefungsian.
cooptationpilih lantikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan atau aksi melantik seseorang yang bukan daripada kalangan ahli organisasi untuk mengetuai sesuatu tugas atau jawatan. Tindakan ini dilakukan atas beberapa sebab antaranya bertujuan mengukuhkan kedudukan organisasi tersebut. Kooptasi ini dilakukan kerana pemimpin yang dipilih itu mempunyai pengaruh yang besar dan karisma yang tinggi serta dapat mengekang dan membendung saingan politik yang diwujudkan oleh individu tersebut terhadap organisasi itu. Selain itu, kooptasi juga bermatlamatkan untuk mengimbangi kuasa di kalangan kelompok yang bersaing dalam sesuatu arena dan dengan ini dapat melebarkan lagi kedudukan sesebuah organisasi dalam saingan tersebut. Contohnya, Anwar Ibrahim merupakan tokoh yang dipilih lantik dalam UMNO pada tahun l98l. Sinonim kooptasi.

Kembali ke atas